Tuesday, October 12, 2010

Karzai akui berunding dengan Taliban

WASHINGTON 11 Okt. - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (gambar) dalam wawancara dengan saluran televisyen Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pentadbiran beliau telah mengadakan beberapa rundingan tidak rasmi dengan Taliban 'sejak tidak berapa lama dulu' untuk cuba menamatkan perang selama sembilan tahun di negara itu.

"Kami telah berbincang dengan Taliban sebagai penduduk yang menetap dalam satu negara yang sama, rundingan dalam bentuk sedemikian.

"Ia bukan perhubungan rasmi yang kerap dengan Taliban yang mempunyai alamat tetap tetapi lebih merupakan hubungan peribadi tidak rasmi sejak tidak berapa lama dulu," kata beliau dalam petikan daripada wawancara dengan CNN yang disiarkan secara penuh hari ini.

Minggu lalu, akhbar The Washington Post menyatakan wujudnya rundingan rahsia melibatkan kerajaan Afghanistan dan wakil sah kumpulan Taliban Afghanistan yang berpangkalan di Pakistan, Quetta Shura dan pemimpinnya Mullah Omar….

Ulasan: Eloklah berdamai untuk kemaslahatan rakyat. Amerika sila keluar dari Afghanistan.

No comments: