JEMPOL 18 Okt. – ‘‘Pelatih PLKN seperti adik-beradik, sukar untuk berpisah dan mereka tahu membatasi pergaulan dan cukup berdisiplin.” Bagi Komandan Kem De Bana, dekat sini, Mejar Mohamad Heikal Mohamad Hairi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mempunyai hubungan ‘persaudaraan’ dan perpaduan yang tinggi serta sentiasa memberi ruang dan peluang dalam memperbaiki apa juga kelemahan untuk membina kejayaan.
‘‘Maka pertemuan semula bekas pelatih PLKN dari tahun 2004 hingga tahun ini yang diadakan atas cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu besar maknanya kepada mereka semua.
‘‘Di sinilah, kita dapat lihat keberkesanan program PLKN, sejauh mana mereka faham dan pembentukan modal insan, menghormati antara satu sama lain, bersatu padu dan paling penting ilmu yang diperoleh tidak terus terabai,” katanya di sini baru-baru ini…
Ulasan: Jangan persaudaraan intim setakat dunia tetapi sampai ke akhirat dengan mengamalkan dan menegakkan agama kita.
No comments:
Post a Comment