SHAH ALAM 21 Okt. – Kes perceraian di negeri ini semakin membimbangkan apabila 4,614 pasangan dilaporkan bercerai tahun lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 545 kes berbanding 4,069 kes yang dicatatkan pada 2008.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan, jumlah kes perceraian yang didaftarkan pada tahun ini juga akan bertambah daripada tahun lalu.
Menurut beliau, jangkaan itu dibuat kerana statistik sebelum ini menunjukkan, setiap tahun bilangan pasangan yang bercerai pasti akan bertambah.
‘‘Walaupun jumlah perkahwinan yang didaftarkan di Selangor saban tahun melepasi 10,000 sebagai contoh 16,021 pada 2008 dan 17,299 (2009), jumlah perceraian juga meningkat.
‘‘Kita amat memandang serius peningkatan yang berlaku.
‘‘Jika jumlah itu terus dibiarkan bertambah tanpa ada usaha daripada pelbagai pihak, maka kita akan berada dalam kegagalan merancang keluarga yang bahagia dan harmoni seperti mana yang dituntut oleh Rasulullah,” kata beliau….
Ulasan: Cinta dunia menjadikan rumah tangga terasa hambar.
No comments:
Post a Comment