Wednesday, October 20, 2010

Mahkamah Perth arah lelaki keluar, wanita Islam buka niqab bagi keterangan

MELBOURNE 20 Okt. - Seorang hakim mengarah lelaki keluar dari sebuah mahkamah di Perth bagi membolehkan seorang saksi wanita memberi keterangan tanpa memakai tudung muka atau `niqab’.

Bagaimanapun larangan terhadap wartawan lelaki dan beberapa yang lain di galeri awam itu tidak melibatkan 19 lelaki, termasuk 12 juri yang terus dibenarkan berada dalam mahkamah daerah berkenaan semalam, demikian menurut laporan The Australia on line.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasneem, membuka tudung di bahagian mukanya ketika memberi keterangan menerusi sambungan video dari sebuah bilik lain di kompleks mahkamah berkenaan.

Organisasi media merayu kepada Hakim Shauna Deane supaya membenarkan wartawan lelaki berada dalam galeri mahkamah, namun ditolak.

Hanya lelaki yang ada kaitan dengan perbicaraan itu sahaja dibenarkan berada dalam kawasan itu, putus hakim berkenaan. – BERNAMA

Ulasan: Mereka mengajar apa yang boleh kita lakukan.

No comments: