Usaha tangani rasuah tunjuk kemajuan - Idris Jala
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pelbagai usaha kerajaan untuk menangani gejala rasuah menunjukkan kemajuan sekalipun ia tidak dicerminkan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Beliau yang mengulas kedudukan Malaysia yang kekal pada tangga ke-56 dari 178 negara, juga berkata walaupun markah yang diperolehi Malaysia tidak boleh dibanggakan, namun ia juga tidak perlu dilihat sebagai perkembangan negatif.
"Walaupun ada kemerosotan sebanyak 0.1 mata berbanding tahun lepas pada 4.5, ini mencerminkan bentuk CPI itu sendiri, bukan kerana tidak ada kemajuan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam membanteras rasuah," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, di sini hari ini…
Ulasan: Apakah dapat BN menangani gejala rasuah dalam negara selama ini? Lebih senang pilih saja kerajaan baru selain BN.
No comments:
Post a Comment