SHAH ALAM 5 Okt. - Tiga lelaki dihukum penjara seumur hidup dan sebatan 15 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menculik serta merogol seorang pelajar berusia 18 tahun, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin yang memerintahkan hukuman terhadap xxxx xxx, 30, xxxx xxx, 29, dan xxx xxxx, 35, menyifatkan perbuatan mereka amat keji umpama orang yang tidak mempunyai pegangan agama.
''Kamu sengaja memenjarakan diri sendiri dengan melakukan perbuatan ini. Kesalahan kamu ini seperti orang yang langsung tiada pegangan agama.
''Sebelum tidur, cuba kamu muhasabah diri kerana perbuatan ini amatlah keji. Kamu semua anak sulung. Saya tidak tahu apa yang kamu fikirkan. Sepatutnya kamu fikirkan adik-beradik,'' katanya…
Ulasan: Carilah rezeki halal. Tidak ada manusia yg redha keluarganya di rogol. Elakkan rogol dan zina.
No comments:
Post a Comment