Thursday, October 14, 2010

Lukisan Van Gogh dicuri: Timbalan Menteri Mesir dijel

MESIR 13 Okt. - Mahkamah Mesir mendapati 11 pegawai Kementerian Kebudayaan, termasuk timbalan menterinya bersalah kerana cuai dan tidak cekap dalam satu insiden rompakan lukisan maha karya Vincent Van Gogh, sehingga memalukan kerajaan.

Kesemua defendan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan perlu membayar ikat jamin sebanyak AS$1,800 (RM5,760) untuk mengelak daripada dipenjara sehingga rayuan dikemukakan.

Lukisan Poppy Flower bernilai AS$50 (RM160 juta) dicuri dari Muzium Mahmoud Khalil di Kaherah pada waktu siang. Siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan bahawa tidak terdapat alat penggera dan hanya tujuh daripada 43 kamera keselamatan di situ yang berfungsi.

Selain tahap keselamatan yang lemah, pencuri mengambil kesempatan ketika pengawal muzium mengerjakan solat untuk mengeluar bingkai dengan memotong kanvas menggunakan pemotong kotak…

Ulasan: Carilah rezeki yang halal bukan mencuri.

No comments: