Thursday, October 14, 2010

Keajaiban pelombong Chile

LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. – Setelah lebih dua bulan terperangkap, pasukan penyelamat Chile yang menggunakan sebuah kapsul, Phoenix, hari ini akhirnya berjaya membawa keluar 14 daripada 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah di sebuah lombong di sini, setakat pukul 10 pagi tadi (pukul 11 malam waktu Malaysia).

Sepuluh pelombong itu kesemuanya lelaki dibawa naik seorang demi seorang dalam tempoh lebih tujuh jam dalam operasi yang kelihatan berjalan lancar di gurun Atacama.

Drama menyelamat tersebut menarik perhatian seluruh dunia yang kagum dengan ketabahan dan semangat setiakawan pelombong-pelombong terbabit, sementara pegawai-pegawai merancang operasi menyelamat dengan rapi sejak dua bulan lalu untuk menyelamatkan mereka…

Ulasan: Kehebatan Allah yang menciptakan otak yang tabah berfikir menyelesaikan masalah manusia. Alhamdulillah mangsa selamat. Semoga mereka mendapat hidayah untuk hidup beragama.

No comments: