Tuesday, October 12, 2010

Sindiket ugut, ganggu pegawai imigresen baru

2010/10/07 PUTRAJAYA: Sindiket yang turut membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, untuk membawa masuk dan keluar pendatang tanpa izin dikesan menggunakan taktik menakut-nakutkan kumpulan pegawai yang baru ditukarkan ke situ. 
 
Menyifatkan kumpulan 20 kakitangan imigresen yang baru ditukarkan ke jeti berkenaan sebagai penghalang kegiatan itu, sindiket terbabit dipercayai menggunakan kaedah ugutan menerusi telefon, selain memecahkan cermin kereta kakitangan imigresen baru berkenaan. 

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, semalam yang berkata beliau menerima aduan daripada kakitangannya di jeti berkenaan bahawa mereka menerima ugutan dan ada kejadian cermin kereta dipecahkan beberapa hari selepas melaporkan diri di tempat baru itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan itu dilakukan oleh sindiket berkenaan atau orang tengah yang berasa terdesak selepas gerakan pihak berkuasa membanteras kegiatan itu dan menganggap kakitangan baru yang ditukarkan pula menjadi penghalang…

Ulasan: Negara kita NEVER milik sindiket pendatang haram. Semoga Allah memudahkan pegawai imegresen yang tak makan rasuah bekerja dengan tenang.

No comments: