Tuesday, October 19, 2010

PDRM bangunkan ‘Central Intelligence Unit’ tangani kes jenayah

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem ‘Central Intelligence Unit’ (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini…

Ulasan: Yang penting jangan sampai keluarga mengambil tindakan bersendirian kerana jemu dengan kelambatan polis menyelesaikan jenayah.

No comments: