Naheed, 38, seorang profesor perniagaan berpendidikan Harvard di Universiti Mount Royal memperoleh hampir 40 peratus undi dan mengatasi pencabar terdekatnya, seorang tokoh konservatif veteran yang sebelum ini menjadi calon pilihan, dengan kelebihan 72,000 undi.
Kempennya berjaya memintas lawan dengan menggunakan rangkaian sosial secara meluas, bermula dengan melancarkan pencalonannya menerusi mesej di laman mikroblog, Twitter.
Selain mesej di YouTube dan Facebook, kempen Naheed turut menawarkan aplikasi khas iPhone yang boleh dimuat turun oleh penyokong.
Brosur kempen beliau yang disiarkan di Internet diterjemahkan ke dalam 10 bahasa, membantunya meraih sokongan padu daripada masyarakat pendatang di Calgary, pusat industri minyak Kanada. – AFP
Ulasan: Gunakan teknologi untuk memenangkan kebenaran.
No comments:
Post a Comment