WASHINGTON 17 Okt. - Pakar astronomi dilapor menemui gugusan galaksi paling besar yang dipercayai telah wujud sejak alam semesta ini dicipta.
Penemuan yang disiarkan dalam jurnal astronomi dan astrofizik, Astrophysical Journal itu berjaya mengesan kira-kira 800 trilion bintang di dalam beratus-ratus galaksi, yang masih berkembang hingga ke hari ini.
Gugusan galaksi baru yang dikenali sebagai SPT-CL J0546-5345 itu, terletak kira-kira 7 bilion tahun cahaya dari Bumi.
Pakar astronomi menjangkakan, ia mungkin wujud kira-kira 7 bilion tahun lalu.
Penyelidik berkata, gugusan galaksi tersebut telah membesar sebanyak empat kali ganda…
Ulasan: Manusia setakat menemui gugusan paling besar. Biarlah manusia meneroka alam ini. Semuanya akan menunjukkan bahawa Allah Maha Pencipta. Mengapakah manusia masih tidak mahu menyembah Allah?
No comments:
Post a Comment