THE HAGUE 19 Okt. - Penduduk Islam Belanda dalam keterangan mereka di mahkamah semalam menyifatkan ahli Parlimen anti-Islam, Geert Wilders sebagai orang berbahaya yang telah memecah-belahkan sebuah masyarakat majmuk yang dahulunya hidup bersama secara aman.
Wilders, 47, didakwa pada 4 Oktober lalu atas tuduhan mencetuskan kebencian dengan menggambarkan Islam sebagai 'fasis' dan menyamakan al-Quran dengan buku Mein Kampf karangan Adolf Hitler.
"Wilders ialah seorang pendukung ideologi berbahaya yang telah memecah-belahkan masyarakat Belanda.
"Saya meminta para hakim melindungi saya sebagai seorang Islam dan seorang yang berketurunan Maghribi daripada Wilders," kata peguam pelatih, Naoual Abaida yang mempunyai ibu rakyat Belanda dan bapa yang berasal dari Maghribi…
Ulasan: Islam itu sendiri bermakna keselamatan. Prinsip yang ada ialah Tidak Ada Paksaan Memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment