Tuesday, October 12, 2010

Abbas: Israel tidak lagi mematuhi Perjanjian Oslo 1993

RAMALLAH 11 Okt. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memaklumkan pemimpin-pemimpin Arab bahawa Israel sebenarnya sudah tidak lagi mengguna pakai perjanjian damai autonomi Oslo yang ditandatangani pada 1993.

"Abbas mengesahkan kepada dunia Arab bahawa Israel telah membatalkan perjanjian Oslo dan perjanjian lain yang telah ditandatangani dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)," kata ketua perunding, Saeb Erakat.

Beliau turut mendakwa Israel telah melucutkan semua kuasa terbatas Pihak Berkuasa Palestin (PA) ke atas wilayah yang dijajah dan 'melakukan pencerobohan setiap hari' ke kawasan yang ditadbir Palestin.

Abbas mempertikaikan jika Israel sendiri tidak menghormati perjanjian atau melaksanakannya bagaimana PLO atau PA mahu berbuat demikian.

Perjanjian Oslo 1993 secara rasminya melancarkan proses damai berasaskan autonomi dan membawa kepada penubuhan PA, yang mentadbir sebahagian Tebing Barat dan Gaza sehinggalah perjanjian terakhir.

Namun selepas hampir dua dekad rundingan, Israel dan Palestin masih bertelagah dalam isu-isu penting dan Abbas enggan meneruskan rundingan sehinggalah penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin dihentikan sepenuhnya…

Ulasan: Berunding dengan penjajah, Israel lagi merupakan BUKAN penyelesaian masalah Palestin.

No comments: