Monday, October 18, 2010

Bekas Gabenor Nigeria diekstradisi ke Britain

Mahkamah Dubai arah bekas Gabenor Nigeria diekstradisi ke Britain
LAGOS 18 Okt. - Sebuah mahkamah di Dubai memerintahkan agar bekas Gabenor Nigeria, James Ibori diekstradisi ke Britain untuk didakwa atas kesalahan menggelapkan wang kerajaan.

Jurucakap kerajaan Nigeria berkata, mahkamah berkenaan membenarkan satu permohonan dari pihak pendakwaan yang mahu Ibori diekstradisi.

Ibori yang merupakan bekas Gabenor wilayah Delta dan pemimpin kanan Parti Demokratik Rakyat itu, ditahan di Dubai Mei lalu kerana didakwa menggelapkan wang berjumlah AS$292 juta (RM902 juta) ketika masih lagi memegang jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan.

Berdasarkan hasil risikan yang dilakukan, kesemua wang yang digelapkan itu disimpan di salah sebuah bank di Britain...

Ulasan: Apakah wujud penyamun tarbush sedemikian di negara ini? Siasat jangan siasat.

No comments: