MELAKA 27 Okt. - Angkatan tentera negara anggota ASEAN bersetuju untuk berkongsi maklumat bagi menangani ancaman pengganas di rantau ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kerjasama itu amat penting kerana kesemua Panglima Tentera Darat mengakui hakikat tidak ada sebuah negara di rantau ini yang mampu menangani ancaman pengganas secara sendirian.
''Ancaman pengganas adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh kesemua negara ASEAN dan menjadi tanggungjawab angkatan tentera setiap negara membantu kerajaan masing-masing menangani ancaman ini.
''Langkah terbaik yang telah dipersetujui oleh kesemua Panglima Tentera Darat negara ASEAN adalah bekerjasama dari segi berkongsi maklumat," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (AARM) di Lapang Sasar Kem Terendak di sini hari ini…
Ulasan: Jangan pula menjadi domba supaya jiran berperang atau melatih pengganas. Atau apa-apa yang membawa kekacauan. Biarlah menjadi jiran yang baik.
No comments:
Post a Comment