KUALA LUMPUR 17 Okt. - Nahas bas ekspres meragut 13 nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat pada Ahad lalu langsung tidak memberi pengajaran kepada sebahagian pemandu bas ekspres lain.
Pemandu bas-bas ekspres seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kemalangan ngeri tersebut walaupun pihak polis mengaitkan nahas itu dengan faktor kenderaan dipandu laju.
Buktinya, siasatan dua hari wartawan Unit Khas Utusan Malaysia empat hari selepas nahas itu mendapati kebanyakan bas ekspres khususnya di Lebuh Raya Utara Selatan masih dipandu melebihi had laju 90 kilometer sejam (km/j).
Malah, memandu dengan kelajuan 110 kmj sehingga 120 km/j seolah-olah menjadi perkara biasa kepada pemandu-pemandu terlibat.
Siasatan seumpama pernah dilakukan wartawan yang sama pada Januari lalu. Hasilnya ketika itu mendapati sebahagian besar mereka merupakan 'pemandu pelesit' yang menjadi raja pecut di lebuh raya dengan kelajuan purata 120 km/j dan ramai juga mencecah 170 km/j.
Selepas sembilan bulan siasatan itu didedahkan di muka depan Utusan Malaysia pada 25 Januari lalu, kini sikap 'pemandu pelesit' terlibat nampaknya tidak berubah.
Sebaliknya, menerusi siasatan pada Khamis dan Jumaat lalu itu, sebahagian pemandu bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan terus menjadi 'pelesit' memperjudikan nyawa penumpang yang dibawa.
Pada Januari lalu, siasatan lebih tertumpu kepada modus operandi mengekori lebih 20 bas ekspres untuk mencatat kelajuan mereka…
Ulasan: Di negara yang belum maju, duit towkey biasanya mengalahkan peraturan yang ada dan sentiasa diutamakan berbanding dengan keselamatan rakyat. Cara untuk untuk keluar dari kemelut ini dengan rakyat BERKORBAN untuk BERUBAH dengan mengundi parti SELAIN parti pemerintah sekarang. Undi ditangan RAKYAT, pilihlah parti yang tidak mengamalkan RASUAH.
No comments:
Post a Comment