Wednesday, October 13, 2010

Tak perlu semak kuota 30% bumiputera

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kuota ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus tidak perlu disemak dan dipersoalkan sebaliknya tumpuan harus diberikan ke arah mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum.

Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, ini menepati saranan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57, Ahad lalu.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat Cina tidak sepatutnya terus mempersoalkan sasaran penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu kerana ia merupakan hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Orang Melayu tidak ganggu ekonomi masyarakat Cina. Orang Melayu tidak sekat hak orang Cina yang mahukan sekolah jenis kebangsaan Cina diwujudkan tetapi mengapa ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu terus dipersoalkan.

"Kita seharusnya menjaga hak kaum masing-masing dan berhenti mempertikaikan hak kaum lain. Sekiranya usaha mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum dapat dilaksanakan, saya percaya pertikaian mengenai ekuiti bumiputera itu tidak akan wujud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Soi Lek mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus mahu MCA supaya tidak terikut-ikut dengan budaya politik DAP dengan membuat cadangan yang menyentuh hak bumiputera….

Ulasan: Kalaulah mereka majoriti di sini dan memegang kuasa pemerintahan negara, alamatnya Melayu akan melarat di negara sendiri. Mereka wajar berterima kasih kepada agama Islam yang menanamkan sifat adil kepada penganutnya di mana jua. Cukuplah dengan apa yang ada di Singapura sebagai contoh terdekat yang memilukan sebagai pengajaran untuk kita semua. Demikianlah negara di mana kaum minoriti sanggup mempersoalkan hak kaum majoriti.

No comments: