Wednesday, October 13, 2010

Ketibaan ambulans tak lewat...tapi..

SEREMBAN 12 Okt. - Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kesal dengan dakwaan segelintir ahli keluarga mangsa kemalangan yang meragut 12 nyawa kelmarin bahawa ambulans hospital itu tiba lewat di lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Sebaliknya, Pengarah HTJ, Dr. Jaafar Che Mat berkata, pihaknya bertindak cepat sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka itu.

"Pihak HTJ berusaha sedaya upaya untuk tiba segera di lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada semua mangsa kemalangan.

"Pemandu ambulans kita telah berusaha dengan pelbagai cara untuk melepasi kesesakan teruk di lebuh raya selepas kemalangan itu berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menjawab rungutan keluarga salah seorang mangsa semalam yang mendakwa ambulans lewat tiba di lokasi untuk memberi bantuan kepada keluarganya yang cedera dalam nahas itu.

Menurut Jaafar, ahli keluarga mangsa perlu tahu bahawa ambulans ketika itu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua arah untuk tiba di lokasi kejadian.

"Agak mustahil ambulans boleh tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 10 atau 15 minit kerana mereka terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas yang luar biasa pada hari kejadian," katanya….

Ulasan: Mungkin sudah tiba masanya negara kita menggunakan helikopter sebagai ambulan dalam kes RAKYAT yang perlukan kecepatan bila sesak. 

No comments: