KUALA LUMPUR 21 Okt. – Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.
Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.
“Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.
“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini…
Ulasan: Analisis yang kurang tepat. Sejak bila pula kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO menegakkan Islam seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kerajaan Islam Medinah? Tamadun Islam atau tamadun Barat yang tegak kini di negara ini? Contoh: Judi dan kilang arak hidup subur di Malaysia.
No comments:
Post a Comment