Katanya, tindakan menganggap kerjasama UMNO dengan MCA adalah salah tetapi dalam masa yang sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP, membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di sini hari ini…
Ulasan: Jangan buat mudah mengenai fatwa. Lebih 53 memerintah negara tapi tak pernah UMNO memahamkan parti komponen BN mengenai kelebihan negara Islam.
No comments:
Post a Comment