IPOH 5 Okt. - Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu.
Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang-undang.
Namun katanya, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.
Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 bertemakan 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 260 aktiviti akan dilaksanakan di seluruh negara sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010…..
Ulasan: Tiba-tiba Bahasa Melayu jadi bahasa asing di negara sendiri. Demikianlah perangai UMNO setelah lebih 50 tahun memerintah sejak merdeka.
No comments:
Post a Comment