KUALA LUMPUR 20 Okt. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ langsung dana pemegang unit amanahnya.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.
‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini….
Ulasan: PNB terpaksa guna semua keuntungannya untuk membina bangunan RM5 bilion. Kesian, kesian kerana terpaksa bergolok bergadai kerana hajat besarnya. Apakah menara itu bermakna hebatnya Bumiputera berniaga berbanding bukan Bumiputera di negara ini. Mula fikir bagaimana untung perniagaan bertambah, kemudian macam mana nak belanja.
No comments:
Post a Comment