KUALA LUMPUR 11 Okt. - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum seharusnya saling menghormati antara satu sama lain tanpa melabelkan sesuatu kaum sebagai pendatang ataupun imigran.
Pakar Sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, pandangan tersebut selaras fakta sejarah bahawa sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, kaum bukan Melayu yang meminta dipertimbangkan sebagai warganegara layak untuk diiktiraf sebagai penduduk Tanah Melayu.
Katanya, sebelum Perang Dunia Kedua terdapat ramai kaum asing yang berhijrah ke Tanah Melayu dan mereka digelar sebagai pendatang kerana ketika itu masih belum tertubuhnya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Menurutnya, istilah imigran sudah tidak relevan lagi digunakan untuk merujuk kepada kaum bukan Melayu yang sudah mendapat hak sebagai warganegara Malaysia.
"Selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, kaum lain seperti Cina dan India layak untuk meminta menjadi rakyat dan mereka yang berjaya akan diiktiraf sebagai warganegara.
"Justeru itu, kita perlulah memahami sejarah yang telah mencatatkan selepas 1 Februari 1948 iaitu setelah mereka diiktiraf sebagai warganegara, mereka bukan lagi imigran," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini….
Ulasan: Jadi warganegara kenalah tunjuk bersyukur sikit. Jangan pula meminta status Bumiputera pula.
No comments:
Post a Comment