Tuesday, October 05, 2010

Kembara haji dapat tajaan tiga bas mewah

SHAH ALAM 4 Okt. - Penganjur program Kembara Haji - Jalan ke Mekah 2010 (KHj 2010), Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., menerima tajaan tiga buah bas Nice Eksekutif Coach daripada Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) hari ini.

'' Bas ini adalah bas mewah yang bakal memberikan keselesaan kepada jemaah haji selain boleh berjalan 1,000 kilometer setiap hari," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dijangka memakan masa selama 60 hari. 

Ia akan merentasi Thailand, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Kos bagi semua peserta KHj2010 sebanyak RM2.8 juta iaitu RM28,000 bagi setiap peserta dengan sebahagian daripadanya ditaja oleh beberapa syarikat korporat…

Ulasan: Eloklah kreatif mencari cara lain pergi menunaikan haji.

No comments: