Thursday, October 14, 2010

Yakin terhadap proses undang-undang

BATU PAHAT 13 Okt. - Sinar harapan bagi menamatkan suatu penantian yang amat menyeksakan sudah mula kelihatan. Penantian untuk mendapatkan kepastian dan keadilan.

Itu yang dirasai keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya apabila mendapat tahu suspek yang juga merupakan seorang peguam, N. Pathmababhan didakwa di Mahkamah Majistret di Banting, pagi ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana tuduhan membunuh usahawan wanita itu.

Adik kepada jutawan kosmetik itu, Rosnani Lawiya, 45, berkata, walaupun kes itu masih di peringkat awal, dia menaruh keyakinan tinggi terhadap proses perundangan negara…

Ulasan: Sayangnya dalam kes Altantuya, yang kena hukum ialah hanya 2 anggota polis. Seolah-olah ada something fishing is going on. Mengapa pula Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. "Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata. Sila baca http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/apa-kes-azilah-dan-sirul-nak-bunuh.html. Juga sila baca Akhbar Peranchis: Kenapa Altantuya di bunuh http://pemudajerlun.blogspot.com/2009/03/akhbar-peranchis-kenapa-altantuya-di.html. Rakyat menyukai Justice Seen Justice Done.

No comments: