Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat kawasan berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kawasan itu dilengkapi dengan prasarana lebih maju selain penduduknya mampu meraih pendapatan tinggi.
‘‘Saya ingin melihat wajah baru di kawasan luar bandar. Saya tidak mahu melihat petani-petani kita dalam keadaan miskin. Carilah kegiatan ekonomi yang ada nilai tinggi kepada mereka.
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’ katanya ketika berucap melancarkan PILB di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Majlis tersebut dihadiri 8,000 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta JKKK Persekutuan dari seluruh negara….
Ulasan: Pemimpin politik BN/UMNO dai pelbagai peringkat dan JKKK: Sila elakkan dari menunggu untuk mengambil peratusan dari projek rakyat. Carilah rezeki yang halal.
No comments:
Post a Comment