Suhaimi buta mata akibat habuk simen
MERSING 26 Okt. - Mata adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.
Namun apabila kurniaan itu dirampas kembali, gelaplah segala-galanya di dunia ini.
Bagi Suhaimi Mohamad, 28, penglihatannya 'hilang' apabila dimasuki habuk simen semasa bekerja sebagai buruh membina rumah pada 2008 dan memberi kesan yang amat mendalam kepada diri dan keluarganya.
"Tanpa mengesyaki apa- apa, saya terus menggosok-gosok kedua-dua mata kerana terasa gatal, namun tindakan itu menyebabkan ia berdarah.
"Selepas itu saya dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Mersing dan doktor kemudian mengesahkan mata saya buta kekal," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Sri Pantai, dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya, sejak itu kehidupannya semakin susah dan terpaksa mengambil bekalan ubat di farmasi dengan kos RM60 setiap bulan kerana matanya sering berasa panas, gatal dan berair pada waktu malam…
No comments:
Post a Comment