Monday, October 11, 2010

BN mahu kemenangan besar

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program transformasi yang bertujuan menjadikan Malaysia negara kelas pertama pada abad ke-21. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu menyokong program berkenaan kerana ia telah dirancang secara teliti dan mendalam sehingga ramai pemimpin dunia memuji Malaysia kerana mempunyai perancangan yang progresif dan futuristik.

Ulasan: Jelas di depan mata kita, kerosakan yang teruk sejak BN memerintah negara. Yang utama ialah berleluasanya rasuah politik serta kegiatan mencuri khazanah negara dengan usaha yang tidak sah untuk diri sendiri, keluarga dan kroni. Ini tanya SPRM. Apakah rakyat rela lagi melantik penyamun2 tarbus ini? 

No comments: