KUALA LUMPUR 14 Okt. - Anak-anak diminta supaya tidak mempersiakan kehidupan hari tua ibu bapa masing dengan menghantar mereka ke rumah kebajikan.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, anak-anak tidak seharusnya menjadikan alasan ibu bapa sudah tidak berguna dan sukar dijaga sebagai punca untuk mengabaikan tanggungjawab lantaran terlalu sibuk dengan kerjaya mahupun kerana kesempitan hidup.
"Ibu bapa telah banyak berjasa, melahir dan mendidik anak-anak untuk menjadi manusia berguna sehingga ada antara mereka menjadi pemimpin atau cendekiawan.
"Anak-anak seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni supaya sentiasa berbakti kepada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka," katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan Ibu Mithali 2010 dan pelancaran buku Ibu Mithali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini…
Ulasan: Kerajaan BN eloklah memastikan unsur maksiat di luar di kurangkan dari masa ke semasa supaya anak Malaysia sentiasa membesar dalam kebaikan.
No comments:
Post a Comment