Friday, October 29, 2010

Undi BN nikmati agenda pembangunan

GUA MUSANG 27 Okt. - Pengundi di Galas diingatkan supaya memilih wakil rakyat yang mampu membawa pembangunan sekali gus memastikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu tidak terasing daripada segala perancangan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat telah pun mengatur jalan atau laluan yang akan dilaksanakan untuk mencapai agenda mengangkat martabat bangsa serta negara ke tahap lebih tinggi iaitu menjadikan Malaysia negara maju pada 2020.

"Maka orang di Batu Papan dan Galas sudah tentunya tidak mahu terasing, bersama-sama dalam arus perdana pembangunan itu dan ia hanya boleh berlaku kalau wakil rakyat yang dipilih di sini ialah wakil BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Batu Papan di sini hari ini….

Ulasan: Pembangunan adalah hak rakyat, bukan pemberian kerajaan BN. Kenapa masih guna pembangunan sebagai modal pilihanraya?

No comments: