Wednesday, July 07, 2010

Bogel: Wajarkah tindakan Arja Lee ?

KUALA LUMPUR 6 Julai - Pelakon Arja Lee yang berbogel dalam adegan mandi filem ... Dalam Botol dilakukan dengan kerelaannya sendiri.

Penerbit filem berkenaan, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, kesediaannya berbuat demikian semata-mata kerana mahu menghayati watak berkenaan.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Hashim Minhat berkata, perbuatan berbogel di dalam filem boleh ditakrifkan sebagai perbuatan sumbang di khalayak awam.


"Walaupun pelakon itu mendakwa dia berbogel atas tuntutan kerja atau kerana seni, tetapi berbogel di hadapan orang lain itu tetap haram, berdosa. Aurat lelaki dari pusat ke lutut, jadi tetap kena tutup aurat.

"Tidak kira walaupun hanya ada seorang sahaja yang bersama dia (ketika melakonkan babak berkenaan), ia tetap berdosa. Tambahan pula ini filem. Ia akan ditayangkan kepada orang awam," katanya.

Menurutnya lagi, pelakon tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam jika adegan itu dirakamkan di ibu kota.

Pelakon Rosyam Nor pula berkata, selain bertentangan dengan agama Islam, adegan berbogel dalam filem tidak sepatutnya berlaku dalam industri perfileman tanah air seperti yang ditetapkan LPFM.

Bagi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pula berkata, biarpun pengarah dan pelakon mempunyai kebebasan berkarya tetapi mereka harus menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Timur khususnya rakyat Malaysia.

"... Dalam Botol diterbitkan untuk tontonan rakyat Malaysia. Hampir keseluruhan penonton filem Melayu adalah orang Melayu beragama Islam. Sebab itu mana-mana penerbit atau pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa agama Islam dan KDN," katanya.

Ulasan: Carilah rezeki yang halal.

No comments: