Monday, July 12, 2010

Najib dicurigai serah tanah kepada Singapura

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dicurigai rakyat selagi beliau sendiri enggan menjelaskan tujuan sebenar tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar diserahkan kepada kerajaan Singapura.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, selagi Najib tidak menjelaskan mengapa tanah itu diserahkan kepada Singapura, selagi itu rakyat terus sangsi dengan kabinetnya.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat berkata, tindakan Najib yang seakan menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya kaum Melayu sendiri.

Pun begitu, beliau berkata, jentera pemuda PAS khususnya di negeri Johor tidak wajar bergantung pada isu tersebut semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS negeri sepatutnya menggandakan program bersama rakyat dengan turut mendedahkan kegiatan Najib menggalakkan campur tangan Singapura dalam perlaburan di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) belakangan ini kepada rakyat.

"Najib minta kita (PAS) dan rakyat bersikap terbuka dalam isu WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) ini, sedangkan motif beliau berbaik dengan Singapura tidak pula didedahkan kepada kita dan rakyat," kata beliau…..

Ulasan: Teluslah sekarang untuk mengelakkan prasangka dari bukan-bukan.

No comments: