Friday, July 09, 2010

Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan.

Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza…

Ulasan: Rakyat kita kini sudah celik dan sudah pandai dan tidak suka di butakan dan di dungukan oleh kerajaan BN/UMNO. Rakyat kini melihat kerenah BN sibuk membahagikan khazanah negara melalui usaha yang tidak sah dan rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat (PR) selepas ini.

No comments: