Monday, July 05, 2010

Perompak maut ditembak pengawal keselamatan

PENDANG 4 Julai - Sekumpulan empat perompak bertemu buku dengan ruas apabila seorang daripada mereka maut selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, tiga lagi rakan penjenayah tersebut bagaimanapun sempat melarikan diri bersama sejumlah barang kemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pada mulanya, suspek yang terkena tembakan itu cuba diheret oleh rakan-rakannya untuk melarikan diri.

Katanya, namun pengawal itu melepaskan satu lagi das tembakan dan mengakibatkan suspek terbunuh.

Menurutnya, suspek kemudian ditinggalkan di dalam kedai tersebut sebelum rakan-rakannya melarikan diri ke arah Tobiar dengan menggunakan kereta Honda Civic berwarna perak…

Ulasan: Carilah rezeki yang halal.

No comments: