KUCHING 7 Julai - Polis negeri ini menegaskan, pasukan itu tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta mengenai kes rogol wanita kaum Penan di kawasan Baram, Miri, seperti didakwa sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.
Pesuruhjayanya, Datuk Mohmad Salleh berkata, dakwaan bahawa polis tidak melakukan sebarang siasatan atau menjalankan tugas sambil lewa sama sekali tidak benar.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menjadi mangsa supaya tampil untuk memberi kerjasama.
"Malah sehingga hari ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seperti yang didakwa itu.
"Jika benar ada kes rogol, mangsa perlu datang membuat laporan dan kita (polis) pasti akan melakukan siasatan, tidak timbul kata polis cuba menyembunyikan fakta atau bertugas sambil lewa.
"Bukan dengan cara pergi ke Parlimen dan selepas itu menyerahkan memorandum atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi-Agensi Persekutuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini mendakwa tujuh mangsa Penan dirogol pembalak di Baram.
Ulasan: Kepercayaan orang kepada kita selalunya timbul dari sikap kita juga. Sayangnya tak ramai orang yang sanggup menyemak diri sendiri. Siapa di belakang pembalak-pembalak itu? Kekayaan atau kuasa? Siasat bukan siat-siat.
No comments:
Post a Comment