Friday, July 09, 2010

Suhakam siasat projek Istana Negara?

Kementerian sedia bantu Suhakam siasat projek Istana Negara

BACHOK 7 Julai - Kementerian Kerja Raya sedia membantu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memasuki tapak pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur sekiranya kontraktor terbabit enggan membenarkan anggota suruhanjaya itu berbuat demikian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu wakil Suhakam masuk ke tapak tersebut untuk melakukan siasatan mengenai layanan terhadap pekerja asing, tetapi perkara itu perlu dimaklumkan secara rasmi kepada pihak kementerian terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah bagi membantu suruhanjaya itu kerana siasatan yang hendak dilakukan akan membawa kebaikan kepada semua.

"Tapak itu memang di bawah seliaan kontraktor tetapi boleh minta kebenaran. Seandainya ada masalah untuk masuk kawasan itu, saya boleh minta supaya JKR bagi bantuan.

"Bagi kami tiada masalah untuk Suhakam masuk ke tapak itu bagi tujuan yang baik," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bachok di sini malam tadi. 

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bachok, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Sebuah portal berita semalam melaporkan beberapa anggota termasuk Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam tidak dibenarkan masuk ke tapak pembinaan Istana Negara ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Lawatan ke tapak projek tersebut dilakukan berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 27 Jun lalu mengenai layanan buruk yang diterima oleh pekerja binaan di tapak projek tersebut...

Ulasan: Bila ada masalah pelanggaran undang-undang, agensi kerajaan diberi kebebasan untuk masuk tapak anytime.

No comments: