ANKARA 5 Julai - Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel melainkan rejim Zionis itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Meli lalu, sehingga menyebabkan sembilan warga Turki terkorban.
Hubungan akan diputuskan kecuali Israel memohon maaf atau menerima keputusan siasatan antarabangsa berhubung serangan pada 31 Mei lalu ke atas Flotila Pembebasan menuju ke Gaza, kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu yang dipetik oleh akhbar Hurriyet hari ini.
Turki sehingga kini menuntut siasatan antarabangsa dijalankan berhubung insiden tersebut tetapi Davutoglu tidak menolak peranan suruhanjaya siasatan Israel sendiri bagi menyiasat serangan itu.
"Jika suruhanjaya itu memutuskan serangan tersebut tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, tindakan sedemikian sudah memadai," katanya.
Sebaliknya, jika Israel enggan memohon maaf, ia perlu membenarkan siasatan antarabangsa yang saksama dijalankan berhubung insiden itu, katas Davutoglu.
Beliau tetap berkeras menuntut rejim Zionis itu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Davutoglu juga berkata, Turki telah menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu…
Ulasan: Negara yang merdeka wajib mempertahankan warganya yang tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment