Friday, July 02, 2010

AS beri suaka politik kepada pembelot Hamas

SAN DIEGO 1 Julai - Seorang hakim mahkamah Imigresen semalam memberi kelulusan sementara terhadap permohonan suaka politik anak kepada pengasas Hamas yang belot dengan menjadi pengintip bagi rejim Zionis.

Keputusan tersebut dibuat setelah kerajaan Persekutuan menggugurkan kebimbangan bahawa Mosab Hassan Yousef adalah suspek pengganas terhadap Amerika Syarikat.

Mosab, 32, disambut oleh sekumpulan kecil penyokong semasa meninggalkan pusat tahanan Imigresen di mana prosiding tersebut berlangsung dalam kawalan keselamatan yang ketat.

Dia mendakwa dirinya akan dibunuh jika diusir pulang kerana telah mengintip Hamas untuk agensi perisikan Israel, Shin Bet dan kini murtad setelah memeluk agama Kristian.

''Saya akan terus melawan ideologi di sebalik pengganas kerana saya tahu bagaimana mereka berfikir,'' katanya kepada pemberita.

''Saya tahu ini adalah bahaya sebenar yang dihadapi kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan,'' tambahnya...

Ulasan: Bila sudah meninggalkan Islam, masih adakah kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan? Yang tinggal hanyalah memperhambakan diri kepada selain Allah.

No comments: