oleh Mutaligat
Ramai ahli dan penyokong PAS mencabar ulama muda yang menyertai Umno supaya menghapuskan budaya rasuah/politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO selama ini.
Selain itu mereka juga mahukan Ulama' muda mengubah perlembagaan Umno dan dasar perjuangan Umno dari nasionalis dan pragmatis kepada dasar Islam.
Dan juga jangan lupa, ulama' muda mesti dapat mengubah seluruh pemimpin Umno supaya komited dengan tuntutan agama khususnya bab menutup aurat dan akhlak.
Seperti kemasukan ulama-ulama sebelum ini seperti Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain mereka hanya duduk dalam Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.
Kalau ulama dan Ustaz yang terkenal tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat macamana dengan Ulama muda tersebut, mampukah mereka mengubah Umno/BN.
Ulasan: UMNO dulu pernah berpresidenkan seorang yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya tetapi tidak boleh berbuat apa-apa bila UMNO sudah ketagih dengan politik wang (rasuah).
No comments:
Post a Comment