KUALA LUMPUR 11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan dunia bahawa pencetus peperangan, negara haram Israel yang disokong penuh Amerika Syarikat (AS) tidak sesekali menghentikan propaganda bahawa musuh utama Barat adalah Islam.
Tegas beliau, Zionis yang mengawal media antarabangsa juga tidak pernah sekali pun menghentikan usaha jahat mereka menghancurkan orang Islam di seluruh dunia dalam pelbagai cara.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak yang mencintai keamanan perlu sentiasa berwaspada dan bersedia melawan sebarang usaha jahat yang dilakukan pencetus peperangan untuk mencipta satu lagi peperangan sama ada dengan Iran, Syria atau mana-mana negara.
"Kita mesti berusaha membentuk kerjasama keamanan lebih meluas, seterusnya mendedah dan melawan sebarang usaha jahat pencetus peperangan ini.
"(Flotila) Rachel Corrie dan Mavi Marmara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan telah membuka dan menunjukkan jalannya. Kita perlu teruskan momentum dan semangat waja ini. Kita perlu terus mendesak semua negara tidak menjadi hipokrit daripada berterusan menyokong Israel.
"Israel tidak boleh dibiarkan meneruskan tindakan jahat dan ganas yang wujud seolah-olah seperti sebuah negara Aparteid. Seperti mana seluruh dunia tidak boleh menerima tindakan orang kulit putih Afrika Selatan, ia juga tidak boleh dibenarkan berlaku ke atas Palestin," katanya….
Ulasan: Right is might.
No comments:
Post a Comment