KUALA LUMPUR 11 Julai - Bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Denis J. Halliday berkata, pertubuhan dunia itu tidak lagi berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Palestin berikutan sekatan berterusan Israel ke atas negara Arab tersebut.
Katanya, keadaan itu disebabkan lima negara anggota Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, United Kingdom, Perancis dan China kini tidak berminat menyelesaikan isu tersebut sebaliknya hanya mahu menjaga kepentingan negara masing-masing.
Justeru, katanya, suara dan kemahuan 192 negara anggota lain Perhimpunan Agung PBB yang berusaha mewujudkan keamanan di bumi Palestin tidak akan dilayan serta diambil kira oleh lima kuasa itu.
Menurutnya, selagi lima negara itu tidak mahu menyelesaikan masalah penduduk Palestin dengan bersungguh-sungguh, keamanan di negara Arab berkenaan tidak akan kesampaian.
Lebih memburukkan keadaan, jelasnya, kuasa terbesar dunia iaitu AS yang kini diterajui Presiden Barack Obama hanya merupakan boneka kepada kuasa-kuasa perniagaan dan kompleks ketenteraan negara itu yang kebanyakannya diterajui oleh tokoh-tokoh berasal dari Israel.
"PBB kini tiada kekuatan, tiada keberanian, tiada kemahuan, tidak berani dan tiada ketua yang boleh mengepalai negara-negara anggota (menyelesaikan isu Palestin)," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Kebebasan Flotilla-Pengalaman Saksi sempena Persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) di sini hari ini.
Halliday menambah, bagi menyelesaikan isu Palestin, semua kuasa dunia dari Timur termasuk negara dari Amerika Latin dan Sahara kini perlu berpadu tenaga memecahkan kuasa Barat terutama lima negara Majlis Keselamatan PBB itu….
Ulasan: Merdeka bermula diri sendiri. Ada yang merdeka zahir, tetapi minda terjajah.
No comments:
Post a Comment