Monday, July 12, 2010

KALAU ANWAR EJEN/ALAT CIA, BN PULA APA?

Anwar dituduh sebagai alat atau ejen CIA oleh media arus perdana berdasarkan tulisan seorang penulis blog barat yang menuduh Anwar bersifat demikian. Dalam keadaan terkapai-kapai Umno/BN mencari apa sahaja hujah dan fakta untuk memburuk-buruk Anwar bagi mencari ‘political mileage’. Dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri kerana terbukti mengambil APCO sebagai penasihat mereka, Umno/BN terpaksa menuduh Anwar menjadi Ejen/Alat CIA bagi menggambarkan bahawa sebenarnya Anwarlah kawan baik dan talibarut Yahudi bukannya Umno/BN.

Pelbagai cerita direka untuk menghalalkan fitnah mereka. Kalau mereka boleh memfitnah Anwar dalam kes liwat pertama dahulu tidak mustahil mereka akan membuat apa juga fitnah untuk mengaburi mata rakyat. Liwat dan zina pun mereka boleh tuduh (tuduhan/fitnah berat di sisi Islam) apalah sangat dengan tuduhan ejen/alat CIA sudah tentu mereka tidak kisah untuk melakukannya. Halal dan Haram bukannya mereka ambil kira. 

Utusan Malaysia semalam meneruskan serangan terhadap Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam edisi Ahadnya - Mingguan Malaysia - memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog -Culture of Life News- seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar." Ternyata tidak ada bukti konkrit boleh mengaitkan Anwar dengan tuduhan sebagai Ejen/Alat CIA.

Apa yang pasti sehingga ini Umno/BN gagal menafikan secara jelas bahawa mereka membelanjakan RM78 juta untuk APCO menaikkan imej Umno/BN dan pemimpinnya. Malah di dalam parlimen sendiri Umno/BN tidak dapat menafikannya apabila ditanya oleh Ahli Parlimen PR.

Oleh kerana gagal menjawab isu ini maka Umno/BN mencari helah untuk sebaliknya menuduh Anwar sebagai alat atau ejen CIA. Bagi blog ini mudah sahaja untuk menangani isu ini heret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau seorang pengkhianat dan pembelot kepada Negara dengan menjadi ejen atau alat CIA.

Selepas ini sudah pasti lebih banyak fitnah dan tuduhan akan dilemparkan kepada Anwar bagi memburuk-burukkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Bukan Anwar sahaja tetapi semua pimpinan PR akan menghadapi tuduhan dan fitnah semacam ini.
Semua ini sebenarnya merupakan dalil dan tanda bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir dan kita mesti bersiap siaga untuk meneruskan program mendekati dan memenangi hati rakyat.

http://mutaligat.blogspot.com/2010/07/kalau-anwar-ejenalat-cia-bn-pula-apa.html

Ulasan: BN/UMNO akan membuat berbagai tuduhan asalkan BN tetap berkuasa di Malaysia ini. Apakah kita mahu yang kerajaan Malaysia yang cekap menyerang dan menuduh orang tanpa bukti?

No comments: