Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Thursday, October 29, 2009
Sokong sekolah satu aliran
Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.
Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.
‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.
‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.
Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.
‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.
Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.
Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.
Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.
‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.
Pesawat tanpa juruterbang salah
Mereka bercadang untuk mendapatkan waran tangkap dari mahkamah Britain ke atas individu yang mempunyai kaitan dengan jenayah perang untuk diletakkan dalam tahanan jika memasuki negara ini, menurut Daniel Machover, peguam penyelaras kumpulan guaman.
"Kami telah mengumpulkan bukti. Jika seorang daripada suspek memasuki Britain, kami bersedia untuk membawanya ke balai polis dan ke mahkamah dengan bukti yang ada," kata Machover yang juga dari syarikat Hickman & Rose.
Belum ada maklum balas berhubung cadangan tersebut daripada Kementerian Kehakiman Britain…
Ulasan: Terbukti negara haram Israel telah banyak mendatangkan masalah dan malapetaka kepada jiran-jirannya.
Pesawat tanpa juruterbang salah
Philip Alston semalam berkata, pentadbiran Presiden Barack Obama perlu menjelaskan asas undang-undang di sebalik tindakannya mengenal pasti individu tertentu sebagai sasaran bunuh dan langkah-langkah yang diambilnya untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang mengharamkan pembunuhan sewenang-wenangnya.
"Jika pentadbiran Obama gagal berbuat demikian, AS akan dilihat melanggar undang-undang antarabangsa kerana melakukan pembunuhan secara semborono," ujar Alston.
Beliau yang merupakan penyiasat Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) berhubung pembunuhan sewenang-wenangnya membangkitkan isu penggunaan pesawat tanpa juruterbang AS jenis Predator dalam laporan kepada jawatankuasa hak asasi manusia semasa Perhimpunan Agung PBB (UNGA).
Dalam sidang media kemudian, Alston berkata, beliau sangat bimbang dengan penggunaan Predator yang semakin kerap, terutamanya di Afghanistan dan Pakistan sejak Jun lepas…
Ulasan: Seolah-olah mahkamah dan hakim sudah tidak relevan kini. Kekuatan AS mungkin mengalahkan kebenaran tapi sampai bila?
Kes rasuah sektor swasta meningkat
Mendedahkan demikian hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 56 kes melibatkan sektor swasta telah diambil tindakan oleh suruhanjaya itu.
''Mana-mana negara yang semakin maju meningkatkan lagi peranan sektor swasta dan sejarah menunjukkan keruntuhan sebuah negara bermula dengan runtuhnya sektor perbankan dan firma besar.
''Kerana itu rasuah di peringkat sektor swasta perlu dibendung dari peringkat awal lagi," katanya pada taklimat kepada para pengarang media di sini.
Menurut Abu Kassim, kes rasuah melibatkan pertuduhan terhadap sektor awam sehingga 30 September lalu pula adalah meliputi satu kes dari pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional (18 kes) dan sokongan (46 kes).
Katanya, setakat ini kekuatan SPRM merangkumi 1,900 anggota termasuk 500 pegawai penyiasat…
Ulasan: Tindakan adil SPRM tanpa mengira siapa akan menyebabkan SPRM dihormati kawan dan lawan.
Sikap berat sebelah punca serangan ke negara tiada senjata pemusnah
Ahli Parlimen Britain, George Galloway berkata, pemilikan WMD kini menggambarkan kekuatan pertahanan sesebuah negara.
Kata beliau, sikap berat sebelah dan double standard tersebut menyebabkan negara-negara dengan WMD ini tidak berani diusik sebaliknya negara tanpa senjata itu akan menjadi mangsa.
''Jepun tidak diserang kerana ia memiliki WMD berbanding Iraq yang tidak membangunkan senjata sedemikian,'' katanya pada sesi pertama Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sesi bertajuk Melanggar Undang-Undang Antarabangsa itu mengupas isu mengenai undang-undang antarabangsa serta kegagalan institusi antarabangsa menguruskan jenayah perang…
Ulasan: Sikap sikap berat sebelah dan double standard negara maju banyak mendatangkan kesan buruk kepada negara belum maju.
Gubernor Aceh Tolak Syariat Islam ?
Antara lain, beliau mengatakan bahawa pelaksanaan ini perlu dikaji terlebih dahulu kerana sangat sulit untuk kita mendapatkan 4 orang saksi dalam kes zina. Maka, jika tidak cukup 4 saksi, ini adalah peluang untuk penzina berjaya meloloskan (melepaskan) diri. Adapun, bagi orang yang membuat laporan kes zina, akan dikenakan pula hukuman (qazaf) kerana tidak dapat membawa 4 saksi. Dan Aceh juga masih belum mempunyai hakim yang berkelayakan dalam mengurus hal ini. Kenyataan ini jelas menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami kaedah pelaksanaan hukum rejam, kaedah dan aturan dalam soal saksi dan sekitarnya.
Terdahulu, dalam akhbar Serambi Indonesia tanggal 24 Okt 2009, tertera satu tajuk besar dihalaman pertamanya iaitu ‘Gubernor Aceh Tolah Teken (Tanda Tangan) Qanun Jinayat’. Dalam kenyataan ketika berada di Jakarta pada 22 Okt 2009, beliau menyebut bahawa “pemerintah Aceh menolak Qanun Jinayat dari awal kerana tidak sesuai dari draf yang kami ajukan. Tidak tahulah bagaimana qanun itu nanti. Pemerintah tetap menolak hukuman rejam kerana itu bertentangan dengan hukum nasional dan hukum internasional”. Tambahnya lagi, “qanun itu juga harus sesuai dengan kondisi masyarakat setempat”.
Entah mengapa sekali lagi hari ini beliau mengulas hal qanun rejam ini di TV Aceh setelah beberapa hari lalu beliau berada di Jakarta dalam satu pertemuan dengan sebahagian daripada Menteri-Menteri Luar beberapa buah Negara yang terlibat dalam penyaluran dana ke Aceh dan juga Negara-negara yang banyak membantu penyelesaian konflik di Aceh seperti Kanada dan lain-lain. Apakah beliau ditekan? wallahua’lam.
Yang jelas, penolakan ini adalah darinya sendiri yang merupakan Gubernor dari Partai Aceh (PA) atau dahulunya dikenal dengan sebuatan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dalam pilihanraya di Aceh lalu, calon-calon dari partai mereka jugalah yang kebanyakan gagal dalam ujian membaca Al-Qur’an yang telah menjadi syarat untuk setiap calon-calon pilihanraya di Aceh. Sehinggalah muncul cadangan dari mereka agar peraturan test Al-Qur’an ini dihapuskan. Namun, mereka jugalah yang menuju ke segenap desa memaklumkan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan syariat Islam yang akhirnya kerajaan Pusat memberikan status autonomi khusus kepada Aceh untuk bebas melaksanakan pemerintahan dan undang-undang sendiri. Namun, malang sekali apabila hak autonomi ini disia-siakan dari melaksanakan syariat Islam secara sepenuhnya dengan pelbagai alasan.
Di sisi lain, muncul juga tanggapan dari beberapa pihak yang bimbang jika syariat Islam dilaksanakan di Aceh, nanti mereka akan dianggap teroris dan melanggar hak asasi manusia. Pejuang-pejuang ‘hak asasi manusia’ dan ‘gerakan wanita’ di Indonesia saat ini sudah mula melakukan serangan terhadap pelaksanaan syariat Islam di Aceh atas alasan melanggar hak asasi manusia. Paling menyedihkan, baru-baru ini pemenang ratu cantik Indonesia adalah wanita yang berasal dari Aceh. Media sengaja mendedahkan wanita ini dari Aceh, padahal beliau hanya lahir di Aceh, bukannya tinggal di Aceh pun. Sengaja dilakukan oleh media bagi memberi gambaran buruk terhadap pelaksanaan Syariat Islam di Aceh.
Bebarapa ulama di Aceh mula mengkritik sikap Irwandi Yusuf sehingga ada yang mencadangkan beliau meletak sahaja jawatannya sebagai Gubernor.
Ketika ini di Aceh masih berkuatkuasa peraturan kepada pesalah minum arak, judi, khalwat dan beberapa hukum ta’zir yang lain seperti mendedahkan aurat dan sebagainya walaupun ianya sudah kelihatan agak longgar saat ini khasnya pendedahan aurat yang sudah tidak terkawal lagi. Alhamdulillah, di Aceh tidak ada kelab malam, kedai arak, tempat perjudian, konsert-konsert mungkar dan seumpamanya yang disediakan pemerintah.
Jelas ! Yang bersusah payah mahukan syariat Islam di Aceh dilaksanakan secara sepenuhnya bukanlah pihak pemerintah Aceh, tetapi adalah golongan ulama’. Jika ada masalah sekalipun mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat lain dalam hal hukum rejam, ianya adalah masalah teknikal yang boleh diteruskan perbincangannya. Namun, kini jelas, Gubernor sendiri menzahirkan diri untuk tidak menerima langsung pelaksanaan undang-undang ini. Apakah nasib undang-undang Islam di Aceh yang masih ada, wallahua’lam.
Sumber: http://arruhuljadid86.blogspot.com/
Bandingkan berita di atas dengan berita di bawah:
KL Sept 17 2009. PENGERUSI Kelab Anak-anak Aceh Kuala Lumpur Tgk Manseor Din Tgk Hanafiah mengucapkan tahniah kepada Irwandi Yusuf Gabernor Nanggroe Aceh Darussalam kerana DPRA (Dewan Perwakilan Rakyat Aceh) akhirnya mensahkan Rancangan Qanun (Raqan) Jinayat dan Hukum Acara Jinayat, termasuk empat raqan lainnya, menjadi qanun di tengah aksi pro-kontra.
Salah satu isi Qanun Jinayat adalah pelaku zina (penzina) dengan status sudah menikah, akan dikenai hukuman rajam sampai mati. Sedangkan empat raqan lain yang turut disahkan menjadi qanun, dalam Sidang Paripurna DPRA, masing-masing adalah Raqan Wali Nanggroe, Raqan Pemberdayaan dan Perlindungan Perempuan, dan Raqan Penanaman Modal untuk menjadi qanun. Pengesahan Qanun Jinayat yang didasarkan pada Alquran dan Hadis itu, dilakukan dalam Sidang Paripurna DPRA yang berlangsung Senin (14/9) kemarin, setelah mendapat persetujuan dari semua fraksi DPRA.
"Kami anak-anak Aceh di Kuala Lumpur merasa bangga kerana negara kami telah menjalankan syariat Islam mendahului negeri-negeri atau wilayah lain di Indonesia, sesuai dengan nama jolokannya Aceh Serambi Mekah Darussalam." Ujar Tgk Manseor Din yang memimpin kesatuan untuk kebajikan anak-anak keturunan di Malaysia. (2MA)
Ulasan: Dulu kita sanggup bersusah-payah untuk menangkan Islam. Kini kita sudah diberi kuasa autonomi, Islam masih menjadi dagang di bumi sendiri... Acheh, apakah engkau di khianati lagi?
Wednesday, October 28, 2009
Seluar panjang wanita haram di Aceh
Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.
Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil
"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.
"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.
Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.
"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.
Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.
"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.
"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. – AFP
Ulasan: Antara syarat berpakaian kita ialah menjauhi berpakaian ketat dan bertasyabbuh mengikut orang kafir. Tanpa berlaku zalim kepada sesiapa, negara kita tadbir ikut cara kita.
PM Thai timbang beri autonomi di selatan Thai
Menurut Abhisit, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam semasa Najib melawat Thailand pada Disember ini.
"Ia satu langkah baik. Kerajaan saya berusaha untuk menghasilkan cadangan itu," kata Abhisit.
Najib ketika diwawancara akhbar The Nation yang disiarkan kelmarin mengesyorkan Bangkok memberi 'satu bentuk autonomi' kepada wilayah itu setelah lebih 3,900 penduduk mati akibat serangan gerila pemisah… http://202.190.126.83/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Ulasan: Eloklah untuk menyelamatkan rakyat dari bergaduh sesama sendiri.
Aceh kaji semula hukuman rejam
Undang-undang tersebut yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Aceh (parlimen wilayah) yang lalu pada 14 September lalu, akan dipertimbangkan semula oleh Majlis Perundangan yang baru dipilih.
Ia belum ditandatangani oleh Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf yang telah menyuarakan tentangannya terhadap hukuman-hukuman keras di bawah undang-undang tersebut.
Aktivis hak asasi manusia dan pegawai di Jakarta melahirkan kebimbangan anggota badan perundangan di Aceh tidak sehaluan dengan pendirian majoriti di negara Islam berfahaman sederhana ini, dan telah meminta undang-undang tersebut ditarik balik.
"Gabenor enggan menandatangani undang-undang kecil berkenaan disebabkan peruntukan rejam yang menyamai hukuman mati," kata jurucakap kerajaan Aceh, Abdul Hamid Zein hari ini.
Menurut beliau, sejak awal lagi kerajaan Aceh tidak bersetuju dengan undang-undang rejam itu.
"Kami berharap parlimen wilayah akan membincangkan undang-undang itu semula," katanya.
Undang-undang baru itu yang memperuntukkan hukuman sehingga 400 sebatan ke atas perogol kanak-kanak, 100 sebatan untuk perbuatan homoseks dan 60 sebatan kerana berjudi, diluluskan dengan sebulat suara oleh ahli parlimen wilayah pada minggu-minggu terakhir sebelum dewan dibubarkan.
Ia bertujuan untuk menggantikan elemen-elemen dalam kanun jenayah sekular Indonesia, langkah yang mencetuskan kemarahan kerajaan pusat di Jakarta yang mahu memaparkan Indonesia sebagai sebuah negara demokrasi yang membangun dan semakin moden dengan majoriti penduduk Islamnya berfahaman sederhana.
Speaker parlimen wilayah, Hasbi Abdullah berkata, parlimen yang mula bersidang pada 30 September lalu 'pada umumnya' menentang undang-undang rejam itu dan pindaannya akan menjadi keutamaan ahli parlimen baru.
Parti Aceh pimpinan Irwandi menguasai 33 daripada 69 kerusi di parlimen wilayah. – AFP
Ulasan: Jangan mengkhianati perjuangan Acheh selama ini kerana mahukan peraturan Islam. Tanpa berpegang kepada peraturan Islam, apa yang ada pada Acheh? Tidak cukuplah tsunami dulu sebagai iktibar?
Israel sekat bekalan air
Penggunaan air per kapita setiap hari di Israel adalah empat kali lebih tinggi daripada penggunaan air di wilayah-wilayah Palestin, menurut Amnesty dalam laporannya hari ini.
Seorang rakyat Israel menggunakan 300 liter air sehari berbanding 70 liter sehari yang digunakan oleh seorang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza.
“Air ialah satu keperluan dan hak asasi tetapi bagi ramai penduduk Palestin memperoleh bekalan air yang tidak bersih bagi memenuhi keperluan sendiri pun sudah menjadi sesuatu yang di luar kemampuan mereka,” kata penyelidik Amnesty mengenai Israel, Donatella Rovera…
Ulasan: Kerajaan haram Israel terus mendera pribumi Palestin dengan mencatu bekalan air di Tebing Barat dan Genting Gaza. Air adalah keperluan asas kehidupan.
SPRM Perak siasat
Pengarahnya, Bahari Mohamad berkata, sepasukan pegawai penyiasat SPRM telah dihantar ke tempat kejadian pagi ini untuk memulakan siasatan kes tersebut.
‘‘Kita akan tengok dari sudut mana yang menyebabkan jambatan itu roboh. Kita akan ambil tindakan jika ada unsur-unsur rasuah dalam pembinaan jambatan tersebut,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai insiden jambatan gantung runtuh di SK Kuala Dipang yang menyebabkan tiga murid dihanyutkan air deras, malam tadi…
Ulasan: Rasuah ada di mana-mana. Benarkah SPRM punya hak di Malaysia? Jangan siasatan tinggal siasatan.
Tuesday, October 27, 2009
Pelajar lebam kena belasah 20 rakan di sekolah
Mangsa, Mohd Amerudin Zulkeply, 16, lebam di bahagian belakang, bahu kiri, leher, belakang kepala, tangan dan kaki akibat ditumbuk serta diterajang kira-kira 20 pelajar sekolah itu di belakang makmal sains sekolah berkenaan ketika waktu persekolahan hampir tamat.
"Kejadian berlaku apabila saya menegur seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang bercakap lucah kepada seorang pelajar perempuan yang juga rakan saya….
Ulasan: Beramai-ramai membelasah seorang merupakan tindakan penakut. Apatah lagi menggunakan alasan yang jauh dari kebenaran.
Strategi baru urus aset
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara inisiatif yang dipertimbangkan untuk memantapkan pelaksanaan itu adalah strategi perolehan baru, perancangan bersepadu dan pembangunan lestari.
Beliau berkata, beberapa usaha sedang dipertimbangkan kerajaan bagi mengguna pakai Konsep Pengurusan Aset Secara Menyeluruh itu sebagai kerangka pengurusan strategik.
"Beberapa negara maju telah mengguna pakai Konsep Pengurusan Aset Menyeluruh dan Malaysia juga boleh berbuat demikian kerana konsep itu bersifat menyeluruh dan memiliki pendekatan penyelarasan yang mantap," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara 2009 di sini hari ini…
Ulasan: Strategi baru akan gagal bila manusia rosak hatinya suka menyelewengkan harta negara. Bila kita cinta dunia.
Budak melompat-lompat penyebab jambatan gantung runtuh
Pendedahan itu dibuat seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Haziq Ting Muhammad Salleh tingkat 12.
Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bemban itu merupakan antara 22 pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.
Muhammad Haziq berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut pada jaring di tepi sungai sebelum diselamatkan seorang guru. – Utusan
Ulasan: Jambatan gantung sepatutnya direkabentuk supaya berupaya mengambil tingkah-laku penggunanya.
Monday, October 26, 2009
Rundingan UMNO-Pas masih terbuka - Muhyiddin
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah UMNO menerusi pendirian presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak kerana perpaduan ummah yang akan dicapai kelak membabitkan kepentingan menyeluruh orang Melayu dan bukan Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri.
''UMNO tidak tetapkan tempoh tertentu (rundingan dengan semua pihak untuk kukuh perpaduan ummah), tidak ada titik noktah dan penutupnya.
''Maka atas dasar perubahan yang digerakkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu melihat perpaduan itu terjalin, maka marilah kita tanpa mengira ideologi politik mencari jalan untuk memajukan negara ini, ini untuk kebaikan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya…
Ulasan: Siapakah yang lebih smart berpolitik? Adakah PAS, UMNO atau orang kafir?
Friday, October 23, 2009
Laksanakan sekolah satu aliran
Sehubungan itu, beliau berkata, sistem pendidikan negara perlu disusun semula agar matlamat itu dapat dilaksanakan.
Menurutnya, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan sebuah negara bangsa yang benar- benar bersatu padu.
''Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan sempena program Semarak Perpaduan dan Patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 2009 peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, sistem pendidikan sekarang menyebabkan rakyat sejak kecil lagi diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda di sekolah masing-masing.
Katanya, kesan daripada itu, golongan dewasa tidak dapat menghayati semangat perpaduan sejati serta persefahaman sukar dijalin kerana hidup dalam kelompok mengikut kaum selepas meninggalkan alam persekolahan.
''Isu bahasa ibunda sering dibangkitkan dalam sekolah satu aliran ini, tetapi itu bukan satu masalah kerana ia boleh diajar sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah," katanya.
Kay Kim juga berkata, pihak yang membantah kewujudan sekolah satu aliran perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.
Menurut beliau, sejarah menceritakan bagaimana penjajah British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang pada ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
Ulasan: Masalah kita yang perlu di selesaikan segera.
Tempoh tahanan ISA 30 hari?
Itu antara maklum balas paling banyak diterima oleh kerajaan dalam sesi pertemuan awam berhubung pindaan akta berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, cadangan tersebut sedang dipertimbangkan dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.
"Ada yang mencadangkan tempoh penahanan dikurangkan kepada 30 hari, ada juga yang mahu ia dilanjutkan.
"Bagi meyakinkan rakyat bahawa kita adil dan telus, semua cadangan itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan sesi pertemuan awam mengenai ISA di pejabatnya di sini hari ini.
Antara pihak yang terlibat pada sesi tersebut ialah dekan-dekan fakulti undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya; wakil-wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengadakan empat sesi pertemuan awam melibatkan agensi-agensi penguat kuasa, pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli-ahli politik, Ahli-ahli Parlimen serta individu-individu…
Ulasan: Bukan masalah memendekkan tempoh tahanan. Hapuskan ISA yang zalim selama ini. Senang: Hadapkan ke mahkamah atau bebaskan.
Seleweng: PM mahu tindakan tegas
Perdana Menteri yang jelas kecewa dengan perilaku berkenaan menegaskan, pihak terbabit seolah-olah tidak diambil tindakan.
‘‘Ini (Malaysia) sebuah kerajaan yang besar, tapi bila kita sudah mulakan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), saya percaya kita akan menjadi lebih baik.
‘‘Bagi kita, mereka (kakitangan awam) yang menunjukkan prestasi yang bagus wajar diberikan ganjaran, ini salah satu komponen dalam pentadbiran yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian sebelum sesi Taklimat Bajet 2010 kepada para pengarang media yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Kementerian Kewangan di sini, hari ini…
Ulasan: Penyelewengan mudah berlaku bila ketua gagal menunjukkan akhlak yang baik.
Kelantan Catat Negeri Pertama Malaysia Yang Bebas Rasuah?
KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.
Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan. Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Dari: http://www.ibnuhasyim.com/
Thursday, October 22, 2009
Kelip-kelip kebanggaan Selangor akan pupus
Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati aktiviti pertanian pinggir sungai menjadi punca kepada kemusnahan hutan di kawasan itu yang menjadi habitat bagi pembiakan kelip-kelip.
Kerajaan negeri pula dilaporkan merancang mengambil alih tanah milik individu di pinggir Sungai Selangor menjadi tanah kerajaan bagi memelihara habitat berkenaan.
''Laporan Audit ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada malam 29 Mac 2009 untuk melihat keadaan populasi kelip-kelip dengan menaiki bot menyusur Sungai Selangor mendapati populasi serangga itu telah berkurangan.
''Ini adalah kerana kawasan hutan pinggir Sungai Selangor di Kampung Kuantan telah ditebang dan dibersihkan untuk pembangunan pertanian, kemusnahan alam sekitar telah memberi kesan kepada kepupusan kelip-kelip dan sosioekonomi penduduk setempat," katanya.
Laporan berkenaan mula diedarkan di Parlimen kelmarin...
Pembalakan Pahang punca gangguan haiwan liar
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah tersebut, 748 membabitkan aduan gangguan gajah, 122 (harimau) manakala 846 lagi aduan berkaitan kera.
Beliau berkata, laporan bagi tempoh 2006 hingga 2008 itu adalah serius kerana ia mengancam nyawa serta menyebabkan kerugian harta benda orang awam.
Beliau berkata, tahun lalu, kerugian dianggarkan RM474,120 membabitkan lebih 20,000 tanaman kelapa sawit, getah, pisang, durian dan kelapa yang dirosakkan oleh haiwan tersebut.
"Semakan Audit mendapati gangguan gajah pada tahun 2008 sering tertumpu di kawasan ladang berkeluasan lebih 100 hektar.
"Selain tanaman penduduk musnah, gajah turut merosakkan harta benda seperti rumah dan kemudahan asas lain,'' katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan kelmarin.
Beliau berkata, selain pembalakan, aktiviti perlombongan haram di Taman Negeri Tasik Chini turut menyumbang kepada masalah pencerobohan hidupan liar ke kawasan penempatan manusia.
Menurutnya, pencerobohan di tasik tersebut adalah serius kerana ia menjejaskan kualiti air serta memusnahkan flora dan fauna di sekelilingnya.
Katanya, pengurusan hutan di negeri itu kurang memuaskan kerana aktiviti di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sama ada secara sah ataupun haram memberi impak negatif kepada alam sekitar...
Pembelian Scorpene tidak melalui tender terbuka demi keselamatan
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.
"Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.
Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara. – Bernama
Ulasan: Keselamatan negara TIDAK bermakna boleh berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui pelbagai komisyen. Katakan TIDAK kepada RASUAH.
USA Depleted Uranium Weapons
By DAVE LINDORFF
The horrors of the US Agent Orange campaign in Vietnam, about which I wrote on Oct. 15, could ultimately be dwarfed by the horrors of the depleted uranium weapons which the US began using in the 1991 Gulf War (300 tons), and which it used much more extensively, and in more urban, populated areas, in the Iraq War and the now intensifying Afghanistan War.
Depleted uranium, despite it’s rather benign sounding name, is not depleted of radioactivity or toxicity. The term depleted refers to its being depleted of the U-235 isotope needed for fission reactions in nuclear reactors. The nuclear waster material from nuclear power plants, DU as it is known, is essentially composed of the uranium isotope U-238 as well as U-236 (a product of nuclear reactor fission, not found in nature), as well as other trace radioactive elements. It turns out to be an ideal metal for a number of weapons uses, and has been capitalized on by the Pentagon. 1.7 times heavier than lead, and much harder than steel, and with the added property of burning at a super-hot temperature, DU has proven to be an ideal penetrator for warheads that need to pierce thick armor or dense concrete bunkers made of reinforced concrete and steel. Accordingly it has found its way into 30 mm machine gun ammunition, especially that used by the A-10 Warthog ground-attack fighter planes used extensively in Iraq and Afghanistan (as well as Kosovo). It is also the warhead of choice for Abrams tanks and is also reportedly used in GBU-28 and the later GBU-37 bunker buster bombs. DU is also used as ballast in cruise missiles, and thus burns up when they detonate their conventional explosives. Some cruise missiles are also designed to hit hardened targets and reportedly feature DU warheads, as does the AGM-130 air-to-ground missile, which carries a one-ton penetrating warhead.
While the Pentagon has continued to claim, against all scientific evidence, there is no hazard posed by depleted uranium, US troops in Iraq have reportedly been instructed to avoid any sites where these weapons have been used—destroyed Iraqi tanks, exploded bunkers, etc. Suspiciously, international health officials have been prevented from doing medical studies of DU sites. A series of articles several years ago by the Christian Science Monitor (http://www.csmonitor.com/2003/0515/p01s02-woiq.html) described how reporters from that newspaper had visited such sites with Geiger-counters and had found them to be extremely “hot” with radioactivity. The big danger with DU is not as a metal, but after it has exploded and burned, when the particles of uranium oxide, which are just as radioactive as the pure isotopes, can be inhaled or injested. Even the smallest particle of uranium is both deadly poisonous as a chemical, and can cause cancer.
There are reports of a dramatic increase in the incidence of deformed babies being born in the city of Fallujah, where DU weapons were in wide use during the November 2004 assault on that city by US Marines.
But the real impact of the first heavy use of depleted uranium weaponry in populous urban environments will come over the years, as the toxic legacy of this latest American war crime begins to show up in rising numbers of cancers, birth defects and other genetic disorders in Iraq and Afghanistan.
Dave Lindorff is a Philadelphia-based journalist and columnist.
http://www.counterpunch.com/lindorff10202009.html
Israel's War on Olive Trees
By Roy Tov
The Ottoman Empire ruled over Palestine for about four centuries. One of its laws - which survives in spirit even today - stated that in order to keep his land, a peasant must work it. Many opted for the easy approach and planted olive trees. Native to the place, they grow easily, do not need much care, and provide two of the area's staple foods: olives and their fine oil.
Over time, the olive trees became a symbol of ownership and people knew that wherever they saw them - maybe surrounded by some mustard greens - they were looking at owned land. More time passed and both the Ottoman and the British Empires disappeared with it. Newcomers bought much of that land with money raised mainly through usury - despite their declared religion forbidding the practice. After buying the land, a new state was created. It was a strange one, it didn't have any recognized borders - even its own people were confused about that issue - and it didn't have a Constitution.
As soon as they achieved statehood, they forbade the buying or selling of state land, which comprised most of the country's land. They took possession of land belonging to countless refugees who fled abroad amidst wars and created a system of leasing land for ninety-nine years, so that they would not be tricked in the same way they tricked others. Again, it was a fierce misinterpretation of their own religious concepts.
Discriminated against by new laws, the perennial peasants continued dipping pita bread in olive oil and talking about their troubles, while the newcomers, growing strong through usury and deceit, needed more land to grow salads - their culinary flagship.
The conflict increased and the dead piled up high. A small symbol became a fixture of news reports and while largely ignored by the international media, it was an infuriating aggression in the eyes of the peasants. The usurper-usurers regularly bulldozed olive trees. "It's for military reasons, we can't see the enemy hiding there," they explained in a well-practiced laconic tone, as if they were in the lush Vietnamese jungles. Olive trees grow low to the ground and scarce water forces them to grow at big distances from each other. They do not create anything resembling a forest. Ask any peasant there, and they will offer another explanation; bulldozing the trees is a message - not too subtle - conveying illegal termination of ownership.
But olive trees are more than a symbol of ownership in the former Ottoman Empire or a symbol of bulldozed peace in Western civilization. In a sense, they are weeds. Not in the negative meaning of the word, but in the context that they cannot be eradicated from their native land. They will grow again. A great Teacher walked there in the distant past and told us a parable about the least of all seeds: the grain of mustard. And it is hard to understand it, unless we are aware that it is very hard to eradicate mustard from the vegetable garden or from any other empire. The more you try to get rid of it, the bigger it will return and the higher it will grow until birds build nests in it. Such is the nature of Truth.
http://roytov.com/articles/olive.htm
The Day Israel Died
States cannot die. They simply don't have life, they don't have souls. They are just organizations that in an ideal world would take care of administrative issues and would submit to the basic sovereignty of its citizens. Yet, in a sense, states reflect the life of its citizens, if the citizens die, the state ceases to exist.
Thus, humans are the basic entities of society. “We, The People” are the beautiful opening words of the American Constitution. The people formed the state and gave it its authorities, the sovereignty originated in them.
The People have the responsibility regarding the way that entity called state behaves. And those entities must respect human rights. If not, their citizens must do everything they can to cease the violations, even saying (and doing) "I leave this evil organization." I did that with regard to the state of Israel many years ago.
I recently reviewed the Goldstone report. it mentions that the recent Israeli attack on Gaza were unprecedented in their violence, to the extent it defines Israel as a terrorist entity in article 1690. But there is more to that.
At the moment the Israeli society – through the IDF – detained or even killed civilians while trying to surrender (Article 1684), it displayed moral unfitness. Regardless its humanist education every single general and soldier proved being a moral moron, far from the Kingdom of God.
At the moment the Israeli society – through the IDF – destroyed food supply installations, water sanitation systems, concrete factories and residential houses (1688) it moved morally back to times when people sacrificed babies to wood idols. The firing of white phosphorus shells over the UNRWA compound in Gaza City (1716) and similar events are not different in essence from gas chambers.
At the moment the Israeli society – through the IDF – vandalized the houses with graffiti on the walls, obscenities and racist slogans (1689), the Krystalnacht was repeated by the IDF soldiers and officers, under the blessing of the Israeli government and society. Without that blessings, they would have faced justice immediately. Yet, this savage vandals are considered heroes by the Israeli society. The Beit Oranim Transcript – down-loadable through my website – proves that.
At the moment the Israeli society – through the IDF – used Palestinians as human shields (1689) it lost its human dignity. The brave Israeli soldiers should attach Palestinian babies to their foreheads; that may protect them as well.
At the moment the Israeli society – through the IDF – systematically terrorized a civilian population it became nothing else that a terrorist society (1690).
At the moment the Israeli society – through the Shin Beth and Mossad – terrorizes any critique, it lost its right to be qualified as a democratic society.
On December 27, 2008, when the Israeli society began its savage attack on Gaza, it committed suicide. Right now we are witnessing its slow but certain death. May God protect us from the beast’s last movements.
http://www.roytov.com/articles/dayisraeldied.htm
Monday, October 19, 2009
Tempoh bertenang wajar diperkenal
Pengarah Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai pemerhati semasa Pilihan Raya Presiden Indonesia yang lalu berkata, tempoh bertenang itu dapat mengelakkan daripada berlaku ketegangan semasa proses pengundian.
Menurut beliau, di Indonesia tempoh berkempen pilihan raya adalah panjang iaitu selama kira-kira sembilan bulan, termasuklah proses penamaan calon.
Sepanjang tempoh tersebut, katanya, calon yang bertanding dibenarkan berkempen termasuk kempen terbuka secara besar-besaran.
“Kira-kira seminggu sebelum hari mengundi ditetapkan sebagai tempoh bertenang dan semasa itu tiada kempen dibenarkan, semua poster diturunkan atau pertemuan berbentuk kempen juga tidak dibenarkan.
“Termasuklah pada hari mengundi, tidak dibenarkan perayu undi dan kenderaan parti digunakan bagi mengambil pengundi, bahkan pengundi juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang lambang parti ketika mengundi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada kebiasaannya, ujar beliau, parti-parti politik yang terlibat akan akur dengan arahan tersebut dan tempoh bertenang itu digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia untuk menjalankan…
&
SPR rujuk Indonesia, Thailand
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menimbang untuk melanjutkan tempoh bertenang antara 24 hingga 48 jam berbanding selepas pukul 12 malam menjelang hari pengundian yang diamalkan sekarang.
Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.
Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah itu perlu diambil selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan pada hari pengundian 11 Oktober lalu sahaja, sebanyak 13 kes pergaduhan dilaporkan membabitkan penyokong Pas dan UMNO.
Katanya, di Indonesia tempoh bertenang lebih panjang iaitu tiga hari dan PBT mereka memastikan tiada sebarang bahan kempen wujud sehingga boleh menimbulkan suasana tegang dan saling tuduh-menuduh.
“Kami melihat langkah itu penting untuk mengelakkan pergaduhan kerana jika tidak dibendung bermula langkah menurunkan bendera dan poster, ia akan berlarutan kepada masalah yang lebih besar.
“SPR juga akan mengkaji dengan mendalam untuk turut memberi kuasa kepada PBT selepas melihatkan penyokong-penyokong parti bertanding semakin liar dan tidak menghormati pihak berkuasa,” katanya…
Ulasan: Eloklah belajar dari negara yang pernah melaksanakannya. Kalau polis kita bersikap profesional dan tidak masuk mana-mana pihak, sudah tentu penyokong mana-mana parti tidak menjadi garang dan suka bergaduh.
Pembangkang jangan buat kecoh - PM
Tegas Perdana Menteri, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang.
''Walaupun masih ada lagi proses undang-undang yang belum selesai tetapi kita mesti menghormati keluhuran perlembagaan.
''Perkara ini sudah ditentukan, jadi tidak ada sebab (pembangkang) boleh melakukan sebarang gangguan atau perbuatan yang boleh menimbulkan keadaan tidak begitu baik dari segi pandangan umum terhadap politik di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan UMNO Perak di sini hari ini.
Ulasan: Kerajaan pusat pun jangan buat kecoh di negeri. Kalau tidak helah BN merampas kuasa negeri Perak tidaklah Perak jadi sebegini. Baling batu sembunyi tangan.
Bahasa Melayu merempat di tempat sendiri - Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin
Dalam gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kita dapati tidak ditekankan tentang 1Malaysia 'Satu Bahasa'. Apakah Perdana Menteri kita terlepas pandang tentang perkara ini?
PROF DR NOR HASHIMAH: Betul, saya melihat konsep 'Satu Bahasa' tidak disebut dalam slogan tersebut. Apa makna konsep 1Malaysia jika tidak disertai dengan 'Satu Bahasa Kebangsaan'?
Sewaktu Perdana Menteri di Paris baru-baru ini, beliau ditanya oleh seorang pelajar, apa konsep 1Malaysia jika tidak diserta dengan satu bahasa kebangsaan. Dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris, disiarkan jawapan yang diberikan Perdana Menteri iaitu kita mestilah meneruskan warisan sekolah-sekolah bukan pengantar Melayu sebab dikatakan itu kononnya merupakan warisan Perdana Menteri yang lama-lama.
Dia lupa daripada segi sejarahnya. Jika kita baca Penyata Razak, pada 1956 dikatakan semua sekolah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak ini dibuat bukan berdasarkan satu pendapat.
Tetapi ia dibuat oleh wakil masyarakat Cina, India dan wakil kerajaan Komanwel serta wakil kerajaan British yang membentuk Akta 152 itu. Jadi Laporan Razak mengatakan semua sekolah mesti menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Mana-mana sekolah yang tidak menggunakan bahasa Melayu dan silibus negara kita tidak diberikan bantuan. Sebab itu apabila diubah Akta 1995 di mana sekolah-sekolah yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dibenarkan dan lahirnya banyak sekolah menengah Cina dan diberikan bantuan, ia tumbuh bagai cendawan.
Jadi, kita hendak marah macam mana sebab akta itu pemerintah yang luluskan. Jadi bagaimana hendak ditekankan konsep 1Malaysia 'Satu Bahasa Kebangsaan'.
Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sudah banyak kali diadakan. Dan kali ini kerajaan mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Apakah Prof. yakin kempen kali ini berjaya memberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Kebangsaan ini?
Jika dahulu saya melihat pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ini agak meriah dan melibatkan setiap negeri. Tetapi kali ini saya melihat kempen ini kurang diuar-uarkan.
Hampir setiap tahun Persatuan Linguistik Malaysia terlibat dengan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini. Tahun ini, sekali lagi persatuan telah atur satu program iaitu syarahan Raja Ali Haji yang kita lakukan saban tahun.
Pemidato bergilir-gilir antara Malaysia dan luar negara. Tahun lepas Indonesia dan tahun ini kami telah mengundang Profesor Di Raja Ungku Aziz yang akan bercakap mengenai pantun dan akal budi Melayu. Sepatutnya ia diadakan pada penghujung Oktober, iaitu sewaktu kempen Bulan Bahasa. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu ia terpaksa ditangguhkan kepada 4 Disember.
Malaysia sudah lebih 50 tahun menyambut kemerdekaannya. Tidakkah dalam tempoh ini kita masih tidak berjaya mendidik masyarakat menggunakan bahasa kebangsaan?
Jika sudah 50 tahun kita menyambut merdeka dan kita masih ingin melaksanakan Bulan Bahasa Kebangsaan saya rasa ini sangat tidak patut. Sebab bahasa kebangsaan ini sudah menjadi hak semua. Bukannya perkara yang harus diingati dalam masa sebulan sahaja. Ini seoalah-olah Bahasa Melayu belum menyerap sepenuhnya dalam sanubari rakyat Malaysia.
Mungkin Prof mempunyai pengalaman yang berbeza berbanding generasi hari ini dalam merealisasikan bahasa kebangsaan antara kaum?
Jika saya boleh imbau balik sewaktu saya belajar di UKM pada 1980-an, kawan-kawan perbincangan saya adalah orang Cina dan India, tanpa merasa canggung. Tetapi sekarang saya lihat di universiti-universiti, keadaan agak berbeza.
Kelompok Cina sesama mereka, kelompok India sesama mereka dan begitu juga kelompok Melayu. Saya berasakan situasi seperti ini berlaku kerana sistem pendidikan kita hari ini berjalan bukan secara bersepadu tetapi selari.
Maksud selari ialah sekolah Cina menggunakan bahasa Cina, sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dan sekolah India menggunakan bahasa Tamil. Apabila kita mengizinkan sekolah menengah dalam bahasa pengantar Mandarin, ramai yang memilih untuk ke sekolah Cina.
Jadi, bagaimana kita hendak pupuk integrasi antara Melayu, Cina dan India?
Melayu dan India mungkin akan bergabung apabila naik tingkatan satu, tetapi Cina ada yang memilih sekolah kebangsaan dan ada yang memilih ke sekolah Cina.
Jadi, bila hendak integrasi apabila semua bahasa berjalan secara selari. Sedangkan bahasa dalam satu negara yang menjadi bahasa kebangsaan secara bersepadu. Ini menyebabkan kita berfikir sama ada bahasa kebangsaan ini tidak diterima atau tidak dihayati oleh populasi rakyat Malaysia.
Adakah Bulan Bahasa Kebangsaan ini dilihat seperti sambutan hari-hari penting dalam negara seperti Hari kebangsaan?
Apabila adanya Bulan Bahasa Kebangsaan ini seolah-olah seperti satu sejarah sebagaimana memperingati bulan kemerdekaan atau memperingati tokoh. Jadi, Bulan Bahasa Kebangsaan ini seolah-olah seperti sejarah dan bukan hendak menyemarakkan semangat penggunaan bahasa Melayu.
Siapa yang mencetuskan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini?
Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini merupakan cetusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ia dicetuskan supaya rakyat terus menerus menggunakan bahasa kebangsaan. Pengisian program semuanya berasaskan bahasa Melayu.
Tetapi ia diadakan sepanjang tahun. Tujuan DBP itu saya sokong sebab hendak memastikan bahasa kebangsaan melekat di hati rakyat. Saya pernah ditanya wartawan mengenai penubuhan Pusat Pengajian Bahasa Melayu di kedutaan Malaysia di luar negara supaya orang asing dapat belajar Bahasa Melayu.
Mengapa bahasa Melayu Indonesia lebih popular?
Saya mengatakan bahawa kita kena belajar hendak menjual bahasa ini dengan Indonesia. Indonesia yang paling serius mengetengahkan bahasa Melayu. Kita menumpang kejayaan bahasa Melayu itu dengan Indonesia. Hampir semua tempat di dunia yang mengajar Bahasa Melayu ialah Indonesia.
Mungkin Prof ada pengalaman dengan penuntut asing...
Saya pernah menjadi koordinator Bahasa Melayu untuk penuntut asing. Pelajar saya datangnya dari Australia, England, Amerika, Jepun, Korea dan beberapa negara lain. Mereka suka belajar bahasa Melayu di sana dan mengatakan betapa susahnya untuk mendapatkan tempat belajar bahasa Melayu di Malaysia.
Lebih mudah untuk mencari kolej yang menawarkan bahasa Inggeris. Sedangkan kami datang untuk belajar bahasa Melayu. Komen ini harus dipandang serius. Bahasa Melayu di luar negara banyak dikendalikan oleh tenaga pengajar Indonesia.
Apakah Kedutaan Malaysia di luar negeri tidak membantu memmasarkan bahasa Melayu Malaysia ini?
Apa yang berlaku Kedutaan Malaysia tidak serius dalam membantu mempromosikan bahasa Melayu. Pernah apabila delegasi dari DBP pergi ke Australia untuk penyelidikan, mereka bertembung dengan perayaan bahasa Melayu dan turut serta.
Semua kakitangan kedutaan Indonesia menolong membantu menampal poster dan menjayakan perayaan ini. Tetapi pihak kedutaan kita tidak begitu. Di Melbourne sahaja terdapat beberapa universiti yang ada pengajaran bahasa Melayu Indonesia.
Ini menunjukkan betapa bahasa tersebut boleh diterima oleh penduduk luar negara. Tetapi bahasa Melayu kita tidak. Saya juga sempat membuat penyelidikan dan bertanyakan soalan kepada penuntut di Australia. Saya bertanyakan jika diberi peluang mereka ingin belajar bahasa Melayu Malaysia atau bahasa Melayu Indonesia?
Dan jawapan yang diberikan ialah bahasa Melayu Indonesia. Sebab mereka tidak kenal bahasa Melayu Malaysia ini. Selain itu, jawapan yang diberikan kenapa mereka memilih bahasa Melayu Indonesia kerana mereka suka mempelajari budaya Indonesia termasuk bahasanya.
Apakah ini bermakna orang luar langsung tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu?
Berdasarkan pengalaman saya, ada antara usahawan daripada negara luar seperti Taiwan yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu. Apabila ditanya kenapa mereka berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu? Jawapan yang diberikan, apabila mereka ingin mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia, mereka harus mempelajari bahasa kebangsaan di sini.
Ini bermakna, ada di luar sana yang minat dengan bahasa kita. Tetapi kenapa kita dekat sini tidak berapa memberikan perhatian serius kepada bahasa kebangsaan.
Maksudnya pihak kerajaan di Malaysia?
Mungkin orang marah apabila saya mengeluarkan kenyataan ini. Tetapi lihatlah keadaan bahasa Melayu kita, merempat. Akta Majlis Kerajaan Tempatan menyatakan iklan-iklan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu tetapi boleh diterjemahkan ke bahasa lain dengan huruf yang lebih kecil berbanding Bahasa Melayu.
Tetapi lihat apa yang berlaku. Papan-papan iklan banyak ditulis dengan Bahasa Inggeris malah Mandarin dengan langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Ucapan sambutan majlis hari raya pun ditulis dalam bahasa Inggeris.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Oktober 19, 2009. Sumber: http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/10/bahasa-melayu-merempat-di-tempat.html
Friday, October 16, 2009
Kebakaran Kapal TLDM dan Pencemaran Laut
Selasa 13hb Oktober.
KD Seri Inderapura ditarik keluar dari kawasan jetty dalam keadaan masih terbakar dan hampir tenggelam. ‘Bridge’, tempat tertinggi di atas kapal dimana ‘commanding officer’ dan ‘officer of the watch’ memberi arahan ketika beroperasi, telah pun runtuh.
Rabu 14hb Oktober.
Jasadnya kini bersemadi bersama alat ganti bernilai jutaan ringgit yang telah dimuat naik ke dalam kapal. Ia bersemadi dengan aman dan damai menjadi tukun berhampiran Pulau Pangkor. Yang masih kelihatan cuma tiang atau ’mast’ sebagai kenangan. Sebagai peringatan tentang kelemahan dan kekurangan TLDM dari serendah-rendah pangkat hinggalah pegawai tertinggi.
Untuk beberapa hari dan minggu, minyak yang keluar dari perut kapal akan mencemar pantai dan perairan sekitar. Hasil tangkapan nelayan akan terjejas. Ganti rugi yang terpaksa dibayar kepada mereka yang terlibat sama ada pengusaha hotel atau pelancungan akan menambah beban yang ditanggung kementerian. Dan pembayar cukai.
Untuk pengetahuan, kapal ini pernah terbakar pada tahun 2002. Kerja baik pulih menelan belanja puluhan juta. Apakah keputusan ‘board of inquiry’ pernah diumum. Ataupun sudah terkunci rapi di bawah tikar.
Kebakaran ditahun itu ‘kononnya’ berpunca dari litar pintas. Jurutera yang ditugaskan menyiasat tidak menemui tanda-tanda ‘cable’ terbakar. Anak kapal beria benar mengatakan itulah puncanya sehingga sanggup bersumpah menjunjung quran. Kalau tidak ada pegawai ‘board of inquiry’ B.O.I. yang naik angin mengehempas kerusi kerana tidak percaya dengan alasan yang diberikan, mungkin punca sebenar masih terperap.
Apa puncanya?
Kebakaran bermula dari ‘galley’ ataupun dapur. Ada anak kapal yang menggunakan galley terleka kerana asyik menonton video sehingga tidak sedar kuali berisi minyak yang sudah terlampau panas disambar api. Kebakaran dapat diatasi tapi kerana kurang teliti, api marak kembali dan kali ini di luar galley. Mujurlah kebakaran kali kedua yang lebih besar dapat diatasi. Kalau tidak, punca sebenar pasti lenyap.
Apa pula punca kebakaran yang memusnahkan seluruh kapal dikali ini. Bagaimana Menteri Pertahanan boleh membuat kenyataan (atau andaian) bahwa ia berpunca dari litar pintas dan tiada langsung unsur sabotaj.
Sangkaan TLDM telah mengabaikan latihan memadam api atau ‘fire drill’ rupanya kurang tepat. Dimalam kejadian, pegawai bertugas telah membuat lima kali latihan (atau deraan) sehingga anak kapal bukan sahaja merasa bosan tapi juga keletihan. Tak cukup tidur.
Bila ‘alarm’ berbunyi untuk kali keenam, anak-anak kapal yang baru terlelap menyangka itu juga latihan. Setelah menyedari ia kebakaran sebenar, badan yang lesu sudah tidak dapat menerima arahan otak. Malah otak pun sudah tidak mampu berfikir. Dalam keadaan kelam kabut, maka terjadilah apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Apa yang berlaku. Bekalan elektrik diputuskan. (Masih belum jelas sama ada bekalan dari generator kapal atau dari darat). Tanpa bekalan elektrik, kapal menjadi gelap. ‘Bilge & fire fighting pump’ tidak dapat digunakan. Dan api pun terbiar marak sementara menunggu bantuan luar.
Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan? Tidak adakah pemutus litar atau ‘circuit breaker’ yang boleh diguna untuk memutuskan bekalan kebahagian yang terlibat sahaja? Apakah lima kali ’fire drill’ dimalam itu tidak mengambil kira situasi sedemikian. Apakah yang difokuskan oleh pegawai bertugas. Difahamkan, pegawai tersebut memiliki kelayakan khusus dalam bidang memadam kebakaran atau dikenali juga sebagai ‘fire officer’.
Lazimnya, kebakaran di kapal lebih mudah dikawal kalau ditangani oleh anak kapal sendiri. Ahli bomba dari luar tidak mungkin tahu selok-belok kapal. Di perut kapal sebesar KDSI, orang boleh tersesat walaupun dalam keadaan terang. Ini kan pula dalam gelap gelita. Tersesat dalam keadaan sedemikian mengundang maut.
Apabila kapal cuma bergantung harap kepada pasukan bomba awam untuk memadam kebakaran, maka inilah kesudahannya.
KDSI tenggelam bukan kerana kebakaran tapi disebabkan air laut yang disemburkan kedalam kapal tanpa mengambil kira faktor ‘bouyancy’ sehingga ‘tank deck, engine room’ dan setiap ruang dipenuhi air laut.
Apa yang TLDM boleh pelajari dari episod duka ini? Apalah agak jawapannya kepada kemusykilan berikut:
Untuk apa ‘fire drill’ diadakan lima kali dalam satu malam. Mendidik atau mendera.
Di mana letaknya (kalau ada) ‘portable bilge & fire fighting pump’ yang boleh beroperasi tanpa bergantung kepada bekalan elektrik kapal
Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan.
Kenapa tidak digunakan pemutus litar atau ‘circuit breaker’ untuk memutuskan bekalan elektrik kekawasan yang terbabit sahaja.
Akhir sekali…Bagaimana pegawai berkenaan menterjemah kepakaran mengendalikan ‘fire drill’ dalam situasi kebakaran sebenar???
http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/kebakaran-kapal-tldm-dan-pencemaran.html
Ulasan: Sewajarnya kita mesti menjaga harta kita sebaik mungkin. Kalau tak berhati-hati seronok membeli kapal lagi supaya boleh dapat komisyen atas angin. Duit rakyat bukan untuk di habiskan semewah mungkin.
Graduan jangan hanya kecam rasuah semasa menuntut
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, para graduan juga perlu segera insaf jika terlibat dalam salah guna kuasa, tidak lupa diri dan tidak terus menjadi jaguh korupsi.
''Janganlah kita menuntut sesuatu berasaskan kepada emosi dan sentimen semata-mata.
''Tetapi ia haruslah berasaskan kepada ilmu, kelulusan, kebolehan dan pengetahuan berpandukan keyakinan dan iman dengan erti kata sebenar," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kerajaan dan Politik) yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Istiadat Konvokesyen Ke-71 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini…
Ulasan: Jangan biasakan memberi rasuah kepada pelajar. Contohnya bila kemudahan yang ada bila pelajar mewakili team Aspirasi dalam pilihan raya kampus. Biar mereka matang sendiri dari pengalaman berjuang.
Bangkit untuk berubah
Dengan nada lantang dan tegas, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan semangat setiap perwakilan supaya bangkit bersama-samanya kerana amanah yang besar itu tidak mampu dipikul oleh beliau bersendirian.
“Bangkitlah semua bersama-sama saya,” seru Najib sambil para perwakilan dan tetamu spontan berdiri menyahut seruan beliau dengan memberikan tepukan gemuruh…
Ulasan: Tahniah sekiranya mahu bangkit untuk berubah. Sudah sekian lama pemimpin UMNO akan bersenandung dan menjerit Hidup Melayu sewaktu Perhimpunan Agung Umno di PWTC. Selagi rasuah membelit UMNO, perjuangan pemimpin ialah untuk membeli perwakilan yang kini lebih ramai, khabarnya 146,500 orang dan untuk mengkayakan peribadi seperti sebelumnya. Rakyat orang Melayu sudah meluat dengan perjuangan UMNO yang tak pernah habis-habis. Sampai bila rakyat orang Melayu akan di peralatkan untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO dari pelbagai pangkat?
Dipenjara 8 tahun bunuh kekasih isteri
''Tertuduh berasa marah selepas melihat isterinya sendiri bersama dengan lelaki lain dalam keadaan bogel menyebabkan dia sebagai suami dan lelaki berasa tercabar. Tertuduh tiada kesalahan lampau tetapi dia tidak dapat menahan kemarahan kerana kecurangan isteri dan kenakalan si mati,'' katanya.
Terdahulu, ketika mengemukakan rayuan memohon hukuman yang ringan, peguam K.A. Ramu menyatakan, tertuduh telah bertindak di luar kawalan selepas melihat isterinya sendiri sedang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain…
Ulasan: Jangan berzina. Anda bijak jauhi ZINA.
Jepun hentikan isi minyak tentera AS
Pegawai tertinggi Jabatan Pertahanan berkata, pengesahan rasmi yang dihantar ke White House dan Pentagon beberapa hari sebelum Setiausaha Pertahanan Robert Gates melawat Jepun itu, merupakan sebahagian usaha oleh kerajaan tengah kiri baru di Tokyo untuk menyusun semula hubungan keselamatannya dengan Washington.
Perdana Menteri Yukio Hatoyama, yang mengambil alih tampuk pemerintahan bulan lepas berkata, beliau mahu hubungan ‘lebih sama rata’ dengan AS dan disebabkan itu beliau menentang rancangan bagi pembinaan pangkalan tentera udara AS yang baru di selatan pulau Okinawa.
Hatoyama yang datang daripada parti pembangkang dan sangat menentang tindakan Jepun untuk bersekongkol dalam ‘peperangan Amerika’, telah berbulan-bulan memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memperbaharui misi pengisian semula minyak untuk tentera laut di Lautan Hindi yang telah dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2001…
Ulasan: Negara merdeka bertindaklah seperti negara yang merdeka.
Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah
Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.
"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.
"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.
Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223. (harakahdaily.net).
Ulasan: Kita tunggu dan lihat hasilnya. Selamat berjaya memurnikan demokrasi di negara ini.
Thursday, October 15, 2009
Musibah Padang: Tazkirah daripada Allah
Setiap musibah yang berlaku perlu diambil iktibar oleh manusia agar kita kembali semula kepada ajaran Islam sebenar.
HAMPIR dua minggu berlalu namun memori hitam di sebalik bencana tragis gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Ricther yang memusnahkan bumi Minang Padang, Pariaman Sumatera Barat, Indonesia pasca musibah pada 30 September 2009 seolah-olah sukar dilupakan.
Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa, memusnahkan harta benda, malah mengundang kesengsaraan umat Islam yang tidak dapat digambarkan melalui luahan perasaan.
Mungkinkah masih wujud ruang dan peluang, bagi mengembalikan jati diri umat Islam lainnya sebagai seorang Muslim, bermuhasabah diri dan bersikap empati serta simpati terhadap nasib masyarakat Padang?
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)
Namun bagi sebahagian umat Islam yang telah kehilangan gagasan dan pola pemikiran Islam yang sebenar dan produktif, tatkala mendengar permasalahan baru perasaan mereka nyata tidak tersentuh, nurani mereka tidak terusik terhadap musibah dan bencana yang menimpa saudara mereka iaitu umat Islam sendiri.
Mereka bagai kehilangan penyertaan untuk memberi bantuan. Adakalanya tidak memberi perhatian sama ada dalam bentuk sumbangan kemanusiaan seperti derma kilat, bantuan makanan, pakaian atau mendoakan kesejahteraan mangsa musibah.
Terpaterikah di dalam sanubari mereka akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Musibah: Peringatan bagi sekelian hamba-Nya
Allah SWT Maha Mengetahui terhadap semua yang dilaksanakan dan ditetapkan.
Mengingatkan mereka terhadap kewajipan sebagai seorang Muslim, yang merupakan hak Allah SWT dan mengingatkan mereka dari perbuatan syirik dan melanggar perintah serta melakukan yang dilarang.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti. (al-Israk: 59).
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (al-Israk: 16)
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (al-Israk: 58)
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan: "Pada suatu ketika, Allah SWT memberi keizinan kepada bumi untuk bernafas, lalu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Lantas akhirnya, timbullah rasa takut yang mencengkam dalam diri hamba-hamba Allah.
"Semua yang berlaku merupakan peringatan agar mereka bersegera bertaubat, berhenti daripada berbuat maksiat, tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta menyesali atas segala dosa yang telah lalu".
Simpati dan empati
Empati adalah kemampuan seseorang individu untuk peka, menyelami dan merasai serta mengambil tahu apa jua perasaan yang dilalui oleh sahabatnya dalam apa jua situasi dan keadaan.
Sikap empati menjadikan seseorang mudah untuk menterjemahkan apa yang dirasai dalam bentuk tindakan.
Sikap ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih-sayang, kasihan dan simpati adalah ibarat satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ukhuwah bertaut kasih bersemi
Islam menekankan prinsip dan hubungan saling tolong menolong di dalam lingkungan kehidupan manusiawi.
Allah SWT memerintahkan hamba-Nya saling bekerjasama di dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan melarang dari saling bekerjasama di dalam perkara dosa dan permusuhan. Ia beradasarkan ayat 2 surah al-Maidah.
Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat di atas menyebut, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin agar saling tolong-menolong di dalam perkara kebaikan. Tolong-menolong merupakan kebajikan dan agar meninggalkan kemungkaran yang mana hal ini merupakan al-takwa.
Allah SWT melarang mereka daripada saling bantu-membantu dalam perkara dan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (Tafsir al-Quran al-Azim 2/7)
Sabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang barang siapa mendapatinya, dia akan merasakan manisnya iman, iaitu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kepada selain keduanya, dia mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam api neraka. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Mengambil hikmah atas setiap musibah
Firman Allah SWT yang bermaksud: Muhasabah diri merupakan satu cara atau alternatif untuk menyelamatkan seseorang daripada ditimpa bencana dan kesusahan hidup di dunia demi keselamatan hidup di akhirat.
Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu Muslim. Seseorang yang sentiasa bermuhasabah diri akan segera menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, "Seandainya kita dapat merungkai dan mengetahui hikmah Allah yang terkandung dan tersirat dalam setiap ciptaan dan urusan-Nya, nescaya kita akan temui betapa banyak hikmah.
"Sayangnya akal kita (manusia) sangat terbatas, pengetahuan kita amat sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini". (Syifa' Alil fi Masail al-Qada wal al-Qadr wa Hikmah wa Ta'lil: 452).
Allah SWT Maha Mengetahui atas apa jua musibah yang berlaku tersirat di sebaliknya hikmah yang tidak mampu diketahui oleh sekelian manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia jahat (buruk) bagi kamu. dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216)
Nikmat sabar dan reda
Kesejahteraan bagi setiap hamba-Nya yang menemui ajalnya di saat musibah melanda dalam keadaan husnul khatimah (penghujung yang baik) hasil ketaatan, keimanan dan bekalan ketakwaan dan sifat sabar yang dimiliki.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 153)
Sebaliknya, kecelaan dan kerugian adalah bagi setiap hamba yang menemui ajalnya dalam keadaan su'ul khatimah (penghujung yang tidak baik) sebelum dan ketika musibah melanda lantaran alpa lalai bergelumang dengan maksiat dan mengingkari akan perintah-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besarnya sesuatu ujian. Jika Allah menyayangi suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang reda maka baginya keredaan, dan sesiapa yang murka (ingkar) maka baginya kemurkaan Allah SWT". (riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah).
Pendek kata Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (al-A'raaf: 96)
Di antara runtuhan dan air mata jangan kita hanyut dalam duka, jadikan musibah ini sebagai pengikat persaudaraan, buktikan kita berdaya, tunjukkan kita punya cinta.
Sumber: Utusan Malaysia.
Ulasan: Supaya negara kita selamat mari bersama-sama berdakwah mengajak manusia kembali kepada Agama, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemaksiatan.
Wujudkan model politik baru UMNO
Wakil Wanita UMNO Kedah, Norhanita Md. Isa berkata, cadangan tersebut dibuat ekoran perkembangan semasa ketika ini yang menuntut satu perubahan terhadap perlembagaan parti itu.
….''Sebaliknya, agenda agama, bangsa dan negara perlu ditingkatkan. Sikap ego, materialistik seperti mahu kereta besar, rumah besar dan semuanya besar perlu dihentikan,'' jelasnya.
Ulasan: Model politik baru perlukan paradigm baru. Tapi hanya satu cara yang telah terbukti sepanjang sejarah manusia, yang boleh menyebabkan ahli politik UMNO bertukar menjadi tidak ego dan tidak materialistik iaitu dengan mengamalkan Islam setepatnya, dengan cintakan Allah dan cintakan akhirat.
Maut akibat tidak pulangkan CD
Kejadian berlaku di rumah sewa mereka di Kampung Batu Condong di sini malam kelmarin dan mangsa yang cedera parah meninggal dunia pada pukul 8 pagi ini.
Berikutan itu, polis menahan seorang suspek warga Nepal pagi ini dan seorang lagi rakannya di Beting pada pukul 4.30 petang ini. Polis yakin kes tersebut telah dapat diselesaikan…
Ulasan: Jangan cepat marah @ bengkeng @ perongos bila berkawan. Kerana sekeping cakera padat (CD), seorang kawan mati di bunuh. Dan kita akan menghadapi pengadilan kerana sekeping CD.
Pindaan bersejarah jadikan UMNO lebih demokratik
Dalam sejarah penubuhannya 60 tahun lalu, ini kali pertama pindaan dilakukan oleh UMNO bagi menjadikan ia lebih demokratik dengan pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sekarang.
Matlamatnya ialah untuk memastikan pemimpin benar-benar datang daripada akar umbi di samping mengelakkan penyelewengan terutama politik wang.
Naib Presidennya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan itu hanya membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa.
Namun katanya, ia merupakan sesuatu yang bersejarah dan bakal memberi kesan besar kepada parti.
Sebab itu katanya, penerimaan secara sebulat suara oleh lebih 2,500 perwakilan amat diharapkan…
Ulasan: Kelompok ahli yang lebih besar tak semestinya baik. Yang penting ialah apakah pemimpin itu yang cintakan dunia atau cintakan akhirat? Jelas berlaku depan mata kita bahawa pemimpin yang cintakan dunia akan meneruskan mencari kekayaan melalui kuasa. Sama-samalah kita lihat.
Cadang wujudkan Bank Belia
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu kerana kumpulan terbabit kini berhadapan dengan masalah kekurangan pekerjaan yang menuntut pihak pemerintah menyegerakan usaha menyelesaikan masalah mereka…
Ulasan: Mula-mula minta Bank Belia. Nanti bank itu akan di ambil oleh rangkaian bank seperti apa yang telah berlaku kepada ular lidi (Bank of Commerce ) menelan naga (Bank Bumiputera) dulu. Harapan asal si ayah dan si anak (bila mereka jadi ayah) rupa-rupanya TIDAK semestinya sama.
Najib: Kepuasan rakyat keutamaan saya
"Setiap pemimpin ada stail masing-masing. Saya tidak tahulah apa stail yang orang lihat yang ada pada saya, tetapi saya sudah gariskan bahawa apa yang saya buat adalah untuk memenuhi kepuasan rakyat.
"Ini yang saya utamakan dalam gerak kerja yang saya akan lakukan," kata Najib yang juga Presiden UMNO semasa wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO…
Ulasan: Bila agaknya PM negara ini akan berkata: Keredhaan Allah keutamaan saya.
Carla Bruni gembira lagu dimainkan MAS
Bruni, seorang penulis lagu, penyanyi dan bekas model, gembira apabila Najib memaklumkannya bahawa lagu daripada albumnya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Semuanya berlaku apabila Perdana Menteri dan Sarkozy bertemu Rabu lalu di Elysee Palace.
Apabila Najib memaklumkan Sarkozy mengenai perkara itu, Sarkozy mendesak Najib untuk menyampaikan berita itu kepada Bruni secara peribadi.
Beliau (Sarkozy) berkata, kenapa tidak anda bercakap dengan isteri saya dan beritahu secara peribadi. Kemudian beliau menarik saya ketepi.. dan menghubungi isterinya, kemudian saya bercakap dengan isterinya.
Beliau gembira lagunya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines, kata Najib. - Bernama.
Ulasan: PM kita rasanya bukan deejay MAS. Mungkin ada orang selesa bila PM buat pemasaran peribadi sendiri sebegitu. Eloklah biarkanlah orang lain melakukan perkara yang kurang penting.
Wednesday, October 14, 2009
Keputusan mahkamah China semarakkan kemarahan Uighur
Rebiya yang mengetuai Kongres Uighur Sedunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata, beliau yakin defendan etnik Uighur itu tidak dibicarakan mengikut undang-undang China atau antarabangsa.
"Hukuman itu tidak akan membantu mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau itu, sebaliknya akan memarakkan lagi kemarahan kaum Uighur," kata beliau dalam satu wawancara semasa lawatan ke New Zealand hari ini, sehari selepas hukuman tersebut dijatuhkan oleh mahkamah di Urumqi, ibu kota Xinjiang…
7 kampung di Padang jadi kubur besar
Keputusan untuk membatalkan operasi mencari di kampung-kampung yang ranap dalam tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, dibuat hasil rundingan dengan masyarakat tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.
Gempa bumi yang turut memusnahkan bandar Padang itu meragut 809 nyawa, menurut angka korban rasmi terbaru. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,100 orang terkorban.
"Persetujuan dicapai bagi menghentikan gerakan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh.
''Penduduk kampung sudah bersetuju dan kawasan tanah runtuh itu kini dianggap sebagai perkuburan bagi mangsa yang tertimbus," kata Uden.
Sejumlah 225 orang dipercayai tertimbus di kampung-kampung yang ditelan bumi itu, menurut jurucakap pejabat daerah Padang Pariaman, Syofrian…
Banteras rasuah tanggungjawab bersama
Rasuah adalah satu amalan keji dan jenayah yang bertentangan dengan ajaran agama malah ia terbukti telah meruntuhkan banyak empayar, memusnahkan bangsa dan tamadun.
Sehubungan itu, para pelajar wajar menyedari rasuah mampu memberi kesan kepada proses pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, justeru jenayah itu perlu diperangi habis-habisan.
Norhaslina Rosli, 21, dari Kolej Perubatan Univeristi Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, memang tidak dinafikan bahawa perbuatan rasuah adalah tidak bermoral dan melanggar hukum agama Islam.
Menurut pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan itu, rasuah juga akan menyebabkan seseorang itu akan melanggar etika profesional dalam kerjaya masing-masing.
''Contohnya, pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak akan mampu mengekalkan keamanan serta keselamatan bangsa dan negara.
''Rasuah juga akan menyebabkan perpaduan antara kaum yang pelbagai di negara ini berpecah belah yang akhirnya menimbulkan ancaman kepada keamanan negara," katanya di sini baru-baru ini.
Norhaslina menambah, seseorang yang melakukan jenayah rasuah adalah mereka yang mempunyai sakit mental dan disebabkan itu jangan berjinak-jinak dengan rasuah bagi mengurangkan masalah tersebut.
Dalam pada itu, Nur Syakina Jamali, 19, dari Kolej Sakura Unimas memberitahu, rasuah adalah perbuatan yang begitu membencikan kerana ia memang satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang.
Katanya yang juga pelajar Fakulti Kejuruteraan, perbuatan jenayah itu tidak adil sebab golongan kaya akan bertambah kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas serta papa kedana.
Malah, jenayah rasuah akan menyebabkan perpecahan, pergaduhan dan banyak lagi perkara yang tidak diingini berlaku dengan kecenderungan ke arah negatif.
''Rasuah juga akan menyebabkan rakyat di negara ini mungkin terpaksa merempat di bawah jambatan dan hidup umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,'' katanya.
''Kesannya, rakyat memberontak kerana tidak puas hati dengan kerajaan yang ada dan berlaku perang saudara, pembunuhan beramai-ramai serta saling tidak mempercayai antara satu sama lain," katanya.
Tambah Nur Syakina, ia juga akan menyebabkan negara tidak akan dapat bersaing dan menjadi maju seperti negara-negara lain yang telah lama maju di hadapan.
Bagi Cordelia Herbert, 22, dari Kolej Allamanda Unimas berkata, rasuah akan menyebabkan soal ketirisan berleluasa dalam projek-projek pembangunan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pegawai yang diamanahkan.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pembangunan infrastruktur seperti hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya terbengkalai atau dibina tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan hingga keselamatan orang ramai terjejas.
''Walaupun sesetengah negara itu kaya dengan sumber alam, namun pembangunan infrastruktur terlalu mundur seperti jalan raya, sekolah, hospital dan kemudahan awam tidak dibangunkan secara teratur akibat perbuatan rasuah.
''Sekiranya amalan rasuah dibiarkan berterusan, undang-undang yang melindungi rakyat ketika ini akan dipinggirkan dan seterusnya memungkinkan perundangan negara ditentukan oleh pengamal rasuah," katanya.
Siasatan pastikan pemohon layak terima kupon beras percuma
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, keluarga yang berasakan mereka layak menerima kupon berkenaan diminta mendaftar dengan lebih 12 agensi di bawah kementeriannya di seluruh negara mulai sekarang.
Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak semestinya setiap orang yang mendaftar akan mendapat kupon beras percuma tersebut.
''Ini kerana pegawai akan menyiasat sama ada mereka ini layak ataupun tidak. Hanya selepas siasatan dan laporan siap, barulah penilaian dibuat sama ada seseorang pemohon itu layak menerima kupon beras percuma atau sebaliknya,'' katanya…
Ulasan: Rakyat tidak mahu melihat penyokong BN/UMNO yang sibuk mendapat kupon beras percuma tersebut walaupun tidak layak.
Tun Dr. Mahathir kecewa sikap masyarakat
Sebaliknya, beliau berkata, ada segelintir pihak yang kini dilihat lebih cenderung melanggar undang-undang serta bertindak menyertai perhimpunan haram bagi menimbulkan kekecohan.
''Mereka ini mungkin tidak pernah terfikir untuk menghargai khidmat polis. Tanpa polis, kita tidak dapat hidup aman di negara kita,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Tindakan Khas (UTK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar…
Ulasan: Ada rakyat yang cenderung untuk menyertai perhimpunan haram dan menimbulkan kekacauan? Negara ini ada undang-undang. Tetapi polis sewajarnya bertindak professional bila memutuskan status sesuatu perhimpunan tanpa melibatkan pemimpin politik. Bila pemimpin politik mengganggu kerja polis, rakyat akan tahu kerana undang-undang jelas dan nyata. Bila polis di lihat menyokong pemimpin politik akan menyebabkan rakyat kurang hormat kepada polis.
Tuesday, October 13, 2009
Bagan Pinang suntik semangat?
Perdana Menteri berpendapat kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri berkenaan membuktikan kepimpinan, konsep dan semangat gagasan 1Malaysia mendapat sambutan menyeluruh serta meluas dalam segenap lapisan rakyat.
Pada masa sama, beliau berkata, kejayaan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi jelas menunjukkan rakyat lebih yakin dan percaya dengan BN.
Ulasan: Better if Umno lost Bagan Pinang: Former Umno vice-president Tengku Razaleigh Hamzah said a victory for Isa Samad in the Bagan Pinang by-election would translate into an endorsement for corruption (malaysiakini, 11 Okt 2009).
Friday, October 09, 2009
Sedekah adalah Jawapan Semua Masalah
"Sedekah merupakan jawaban semua permasalahan. Sedekah itu tak ada lawan. Tak ada persoalan apa pun yang tidak selesai, selama kita melibatkan Allah. Caranya, antara lain melalui sedekah.” Kalimat-kalimat di atas kerap kali dilontarkan oleh Ustad Yusuf Mansur dalam setiap ceramah-ceramahnya.
Ustadz muda itu memang selalu mengusung tema SEDEKAH dalam setiap dakwahnya, baik melalui ceramah, buku, kolom di media massa, maupun sinetron Maha Kasih yang ditayangkan di RTCI setiap Sabtu malam. Sehebat apakah sedekah itu? Mengapa sedekah jadi begitu penting? Apakah sedekah mampu menyelesaikan persoalan bangsa Indonesia yang sudah hampir satu dekade dirundung krisis? Berikut wawancara Irwan Kelana, dengan Pimpinan Pondok Pesantren Darul Quran/Tahfiz Quran Cipondoh, Tangerang itu:
Apakah sedekah itu?
Sebetulnya konsep sedekah itu seperti kata Nabi, ”Setiap amal yang baik adalah sedekah.” Bahkan, kata Rasulullah, ”Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.” Jadi, tidak hanya materi atau harta saja. Seperti firman Allah dalam Alquran, ”… berjuanglah (bersedekahlah) dengan hartamu dan jiwamu.”
Mengapa sedekah itu jadi penting?
Kalau manusia tahu, sesungguhnya dialah yang butuh@memerlukan sedekah. Mengapa? Sebab, sedekah merupakan bagian dari upaya tazkiyatun nafs (membersihkan diri, lahir-batin). Kita butuh sedekah, sebab sedekah itu akan kembali kepada kita dalam beragam bentuk. Posisi sedekah itu sangat istimewa. Sedekah merupakan ibadah yang utama. Bahkan dalam Alquran, perintah bersedekah itu menggunakan huruf wawu atof. Artinya sesuatu yang terikat sekali, merupakan perintah yang sangat penting.
Firman Allah, ”Wahai orang-orang yang beriman, (sebagai syarat keimanan mereka), maka dirikanlah shalat dan sedekahkanlah sebagian dari rezeki yang datangnya dari Allah SWT.” Kedua prsayarat itu ibarat baju dan celana. Baju saja, tanpa celana, tidak pantas. Begitu pula, celana saja, tanpa baju, juga tidak sempurna. Imam Ghazali mengatakan, manusia itu terbagi menjadi empat golongan. Yakni, manusia yang tidak tahu dan tidak tahu bahwa dirinya tidak tahu, manusia yang tidak tahu tapi tahu bahwa dirinya tidak tahu, manusia yang tahu tapi dirinya tidak tahu bahwa dirinya tahu, dan manusia yang tahu dan tahu bahwa dirinya tahu.” Kalau sudah sampai ke maqam yang keempat, maka ia akan menjadi Muslim yang sangat baik, salah satu tandanya adalah gemar bersedekah.
Berapa ayat Alquran dan hadis Rasulullah yang memerintahkan soal sedekah ini?
Salah satu ayat utama yang paling sering saya bacakan adalah QS Ath-Talaq ayat 5.”Dan hendaklah orang yang disempitkan rezekinya bersedekah.” Hadis-hadis tentang sedekah begitu banyak dan bertebaran. Salah satunya, hadits Rasulullah saw yang menyatakan bahwa sedekah itu dapat menolak bala.”Bersegeralah untuk bersedekah. Sebab, yang namanya bala tidak bisa mendahului sedekah.” Hadis lainnya, "Tidak akan berkurang rezeki ornag yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah, bertambah.”
Apa saja keutamaan sedekah?
Paling tidak, ada empat keutamaan sedekah. Pertama, mengundang datangnya rezeki. Kedua, menolak bala. Ketiga, menyembuhkan penyakit. Keempat, menambah umur. Allah berjanji dalam Alquran, bahwa Sedekah itu tidak mungkin tidak dibayar. Seperti menanam di kebun Allah, pasti berbuah. Menanam di kebun sendiri saja berbuah, apalagi di kebun Allah. Kalaupun buahnya tidak lebat, paling tidak pasti berkembang. Kalaupun Allah tidak menurunkan hujan lebat, paling tidak hujan gerimis.
Kisah-kisah dalam sinetron Maha Kasih diilhami oleh kisah nyata jamaah Anda. Anda menampung banyak testimoni tentang keutamaan sedekah ya?
Begitulah. Suatu hari ada seorang pedagang datang kepada salah seorang staf saya. Ia mengaku punya utang Rp 30 juta, dan tak tahu lagi ke mana harus mencari uang untuk melunasi utangnya. Oleh staf saya, ia disuruh sedekah. Apa yang bisa dilakukannya? Ia mengaku tak punya sesuatu yang berharga untuk dijual. Akhirnya staf saya menganjurkan agar ia menjual motor vespanya dan menyedekahkan hasilnya. Ternyata, pada saat ia sedang menawarkan sepeda motor tersebut, kakaknya yang di Swiss kirim SMS. Isinya menyatakan bahwa ia baru saja mentranfer dana senilai setara dengan Rp 30 juta.
Tentang tolak bala. Suatu pagi, seorang ustadz bersedekah kepada ustadz yang lain. Ia tinggal di Tangerang. Menjelang sore hari ia ke Gunung Putri, Bogor, hendak mengajar. Di jalan tol, mobilnya ditabrak orang. Namun mobil tersebut tidak rusak. Sebaliknya, mobil yang menabrak rusak berat. Pemilik mobil heran dan bertanya kepadanya, ”Kok mobil kamu tidak apa-apa?” Dijawab, ”Mungkin karena tadi pagi saya bayar asuransi sedekah.”
Anda mengkampanyekan @ berkempen gerakan nasional selamatkan bangsa dengan sedekah. Mengapa Anda begitu yakin sedekah bisa menyelamatkan bangsa?
Yakin sekali. Ada sebuah kisah dalam Alquran tentang Nabi Musa yang meminta agar Allah menghilangkan azab dari suatu bangsa. Allah menjawab bahwa azab tersebut sudah telanjur ditetapkan. Namun, rahmat Allah meliputi seluruh bumi ini. Di samping itu, pernyataan Allah yang sangat penting adalah, ”Azab itu tidak akan menimpa orang-orang yang memelihara dirinya, menafkahkan sebagian rezekinya, dan beriman kepada ayat-ayatKu.” Jadi, sedekah bisa menyelamatkan bangsa.
Dalam berbagai pengalaman saya mengusung tema sedekah selama ini, sudah banyak keluarga bermasalah yang akhirnya bersatu kembali sebagai berkah sedekah. Demikian pula, sudah banyak perusahaan yang hampir bangkrut@bankrup, namun akhirnya bisa berjaya kembali berkat sedekah. Logika saya begini. Kalau presiden, para menteri, DPR, pejabat pemerintah sampai yang terkecil, yakni RT-RW plus komponen bangsa ini bersedekah, insya Allah akan lahir energi positif yang dapat membawa bangsa ini keluar dari krisis.
http://ayobersedekah.wordpress.com/2009/07/07/sedekah-adalah-jawaban-semua-masalah/
Ulasan: Marilah @ jom bersededekah. Apabila anda terjerat dengan masalah, jadikan SEDEKAH sebagai penyelesainya. Kurang percaya dengan kekuasaan Allah? TRY sendiri.