Thursday, October 29, 2009

Pesawat tanpa juruterbang salah

NEW YORK 28 Okt. - Seorang penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan tenteranya menggunakan pesawat perang tanpa juruterbang untuk membunuh individu tertentu yang disyaki militan boleh dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.

Philip Alston semalam berkata, pentadbiran Presiden Barack Obama perlu menjelaskan asas undang-undang di sebalik tindakannya mengenal pasti individu tertentu sebagai sasaran bunuh dan langkah-langkah yang diambilnya untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang mengharamkan pembunuhan sewenang-wenangnya.

"Jika pentadbiran Obama gagal berbuat demikian, AS akan dilihat melanggar undang-undang antarabangsa kerana melakukan pembunuhan secara semborono," ujar Alston.

Beliau yang merupakan penyiasat Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) berhubung pembunuhan sewenang-wenangnya membangkitkan isu penggunaan pesawat tanpa juruterbang AS jenis Predator dalam laporan kepada jawatankuasa hak asasi manusia semasa Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Dalam sidang media kemudian, Alston berkata, beliau sangat bimbang dengan penggunaan Predator yang semakin kerap, terutamanya di Afghanistan dan Pakistan sejak Jun lepas…

Ulasan: Seolah-olah mahkamah dan hakim sudah tidak relevan kini. Kekuatan AS mungkin mengalahkan kebenaran tapi sampai bila? 

No comments: