Friday, October 09, 2009

Polis akan siasat dakwaan serangan ala komando

PORT DICKSON 8 Okt. - Polis akan menyiasat dakwaan kononnya berlaku serangan ala komando oleh ahli Pergerakan Pemuda UMNO ke atas beberapa markas hingga mencetuskan kecederaan awal pagi ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dakwaan pembangkang itu.

''Kita akan lihat dengan teliti aduan ini," kata beliau kepada pemberita selepas mendengar taklimat keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

Hishammuddin juga menasihatkan anggota polis yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang agar tidak memihak kepada mana-mana parti - BN atau Pas…

Ulasan: Kenapa media perdana tidak menyiarkan berita serangan itu? Kenapa polis menjadi begitu lembab dan tidak bertenaga bila peristiwa itu berlaku sekumpulan membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis? Sudah 9 laporan polis telah khabarnya di buat? PDRM atau samseng raja?
Bila ada polis bermain politik, rakyat menjadi mangsa.

No comments: