Monday, October 19, 2009

Tempoh bertenang wajar diperkenal

JAKARTA 18 Okt. – Tempoh bertenang yang lebih panjang sebelum pengundian pada pilihan raya sebagaimana dipraktikkan di Indonesia memang wajar dilaksanakan di Malaysia.

Pengarah Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar yang bertindak sebagai pemerhati semasa Pilihan Raya Presiden Indonesia yang lalu berkata, tempoh bertenang itu dapat mengelakkan daripada berlaku ketegangan semasa proses pengundian.

Menurut beliau, di Indonesia tempoh berkempen pilihan raya adalah panjang iaitu selama kira-kira sembilan bulan, termasuklah proses penamaan calon.

Sepanjang tempoh tersebut, katanya, calon yang bertanding dibenarkan berkempen termasuk kempen terbuka secara besar-besaran.

“Kira-kira seminggu sebelum hari mengundi ditetapkan sebagai tempoh bertenang dan semasa itu tiada kempen dibenarkan, semua poster diturunkan atau pertemuan berbentuk kempen juga tidak dibenarkan.

“Termasuklah pada hari mengundi, tidak dibenarkan perayu undi dan kenderaan parti digunakan bagi mengambil pengundi, bahkan pengundi juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang lambang parti ketika mengundi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada kebiasaannya, ujar beliau, parti-parti politik yang terlibat akan akur dengan arahan tersebut dan tempoh bertenang itu digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia untuk menjalankan…
&
SPR rujuk Indonesia, Thailand
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menimbang untuk melanjutkan tempoh bertenang antara 24 hingga 48 jam berbanding selepas pukul 12 malam menjelang hari pengundian yang diamalkan sekarang.

Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.

Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah itu perlu diambil selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan pada hari pengundian 11 Oktober lalu sahaja, sebanyak 13 kes pergaduhan dilaporkan membabitkan penyokong Pas dan UMNO.

Katanya, di Indonesia tempoh bertenang lebih panjang iaitu tiga hari dan PBT mereka memastikan tiada sebarang bahan kempen wujud sehingga boleh menimbulkan suasana tegang dan saling tuduh-menuduh.

“Kami melihat langkah itu penting untuk mengelakkan pergaduhan kerana jika tidak dibendung bermula langkah menurunkan bendera dan poster, ia akan berlarutan kepada masalah yang lebih besar.

“SPR juga akan mengkaji dengan mendalam untuk turut memberi kuasa kepada PBT selepas melihatkan penyokong-penyokong parti bertanding semakin liar dan tidak menghormati pihak berkuasa,” katanya…

Ulasan: Eloklah belajar dari negara yang pernah melaksanakannya. Kalau polis kita bersikap profesional dan tidak masuk mana-mana pihak, sudah tentu penyokong mana-mana parti tidak menjadi garang dan suka bergaduh.

No comments: