Thursday, October 08, 2009

Berlusconi, pegawai atasan Itali tiada perlindungan

ROM 9 Okt. - Mahkamah Perlembagaan Itali semalam memansuhkan undang-undang yang melindungi Perdana Menteri Silvio Berlusconi dan pegawai-pegawai atasannya daripada didakwa semasa mereka berkhidmat dalam kerajaan, lapor agensi berita ANSA.

Undang-undang tersebut yang diluluskan beberapa minggu selepas Berlusconi dilantik memegang jawatan tersebut, melindungi empat jawatan tertinggi dalam kerajaan iaitu Perdana Menteri, Presiden dan speaker dua dewan Parlimen iaitu Dewan Perwakilan dan Dewan Senat.

Dengan pemansuhan undang-undang tersebut, Berlusconi boleh didakwa berhubung tuduhan yang mengatakan beliau membayar AS$600,000 (RM2.1 juta) kepada bekas peguam cukainya, David Mills, bagi memberikan bukti palsu dalam dua perbicaraan melibatkannya pada tahun 1990-an. – AFP

Ulasan: Prinsip yang kita pegang ialah tiap yang bersalah, tidak kira siapa, wajib dihukum. 

No comments: