Monday, October 05, 2009

Individu cederakan Datuk Azeez dikenal pasti

KLUANG 4 Okt. - Polis telah mengenal pasti individu yang memukul Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Port Dickson, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka dikenal pasti menerusi maklumat dan kerjasama orang ramai dan pihak media.

Ekoran itu, kata beliau, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan…

Ulasan: Kalau polis dah kenalpasti, eloklah polis siasat SEGERA kerana yang bersalah mesti dihukum. Sama-samalah kita lihat siapa yang kena?

No comments: