Thursday, October 15, 2009

Carla Bruni gembira lagu dimainkan MAS

PARIS, Oct 8 (Bernama): Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk menyampaikan satu maklumat yang nyata menyebabkan isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni, gembira.

Bruni, seorang penulis lagu, penyanyi dan bekas model, gembira apabila Najib memaklumkannya bahawa lagu daripada albumnya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Semuanya berlaku apabila Perdana Menteri dan Sarkozy bertemu Rabu lalu di Elysee Palace.

Apabila Najib memaklumkan Sarkozy mengenai perkara itu, Sarkozy mendesak Najib untuk menyampaikan berita itu kepada Bruni secara peribadi.

Beliau (Sarkozy) berkata, kenapa tidak anda bercakap dengan isteri saya dan beritahu secara peribadi. Kemudian beliau menarik saya ketepi.. dan menghubungi isterinya, kemudian saya bercakap dengan isterinya.

Beliau gembira lagunya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines, kata Najib. - Bernama.

Ulasan: PM kita rasanya bukan deejay MAS. Mungkin ada orang selesa bila PM buat pemasaran peribadi sendiri sebegitu. Eloklah biarkanlah orang lain melakukan perkara yang kurang penting. 

No comments: